Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan terus jadikan sektor maritimnya lebih berdaya saing: SM Lee

Perubahan aliran perdagangan, dasar-dasar perlindungan dan perubahan iklim merupakan antara cabaran yang melilit industri maritim, menurut Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Mar 2025 08:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2025 09:27PM
SINGAPURA: Perubahan aliran perdagangan, dasar-dasar perlindungan dan perubahan iklim merupakan antara cabaran yang melilit industri maritim, menurut Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Beliau berkongsi sedemikian dalam ucapannya di acara pembukaan Minggu Maritim Singapura yang disertai lebih 20,000 hadirin dari hampir 80 negara.

Encik Lee menegaskan, Singapura akan terus menjadikan sektor maritimnya lebih berdaya saing, disamping menggalakkan pertumbuhan perdagangan antarabangsa.

"Kami komited untuk kekal terbuka. Memandangkan kami kecil, kami tiada pilihan. Namun, kami tidak bersendiri. Sekalipun trend globalisasi semakin menguncup, banyak negara percaya bahawa perdagangan boleh saling menguntungkan dan tetap ingin kekalkan seberapa banyak mungkin manfaat daripada perdagangan berbilang hala," kata Encik Lee.

Menteri Negara Pengangkutan Murali Pillai pula mengatakan dengan pelbagai cabaran baharu yang terbentang, Singapura mesti bekerjasama dengan lebih rapat dengan pertubuhan antarabangsa, pelbagai pemerintah, industri dan kesatuan sekerja bagi menjamin masa depan negara.

Kata beliau, "Sedang sekatan diperketat di seluruh dunia - di antara negara, rantau dan rakan niaga, laut mengingatkan kita betapa kita meraih manfaat apabila kekal terbuka kepada pengaliran bebas barangan, idea dan penduduk."
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan