SG akan tambah bakat AI tiga kali ganda, bina tapak 'ikonik' sebagai sebahagian strategi negara dikemas kini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Singapura menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengamal kecerdasan buatan (AI) di sini sebanyak lebih tiga kali ganda kepada 15,000 orang, dan mewujudkan tapak "ikonik" untuk memupuk masyarakat AI negara.
Ia merupakan sebahagian daripada Strategi AI Kebangsaan Singapura (NAIS) 2.0 yang dikemas kini, dan dilancarkan pemerintah pada Isnin (4 Dis).
Untuk mengembangkan kumpulan bakat, Program Perantisan AI, di mana 300 warga Singapura yang sudah menamatkan pengajian pada September, akan direka semula dan dipertingkatkan. Pemerintah juga akan bekerjasama dengan pasukan pembangunan produk industri AI untuk mengembangkan kerjasama dengan syarikat-syarikat lain.
Pemerintah juga akan mempergiatkan promosi penggunaan AI di semua industri, dan membangunkan program latihan AI yang disasarkan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja menggunakan Peta Transformasi Industri dan Peta Transformasi Pekerjaan.
Pada masa yang sama, Singapura akan terus mengalu-alukan bakat AI dari luar negara. Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan untuk mengenal pasti pencipta AI bertaraf dunia serta menarik mereka dalam ekosistem tempatan.
Menurut laporan pemerintah mengenai NAIS 2.0., satu tapak khusus di lokasi yang belum diumumkan akan menghimpunkan pencipta dan pengguna AI untuk membentuk masyarakat yang berinovasi.
Penemuan terbaru AI, terutamanya dalam AI generatif, telah mencetuskan minat baru tentang potensi AI, bagi menentukan strategi AI negara.
Berucap di pelancaran NAIS 2.0, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, walaupun perbincangan tentang manfaat dan ancaman AI bukanlah perkara baharu, penggunaanya seperti memasuki "kawasan yang belum diterokai".
Justeru, pemerintah harus bekerjasama dengan pencipta dan pengguna AI dengan cara yang lebih bersepadu, kerana "pembangunan dan penggunaan yang bertanggungjawab tidak berlaku secara kebetulan".
Ia juga akur persaingan global bagi sumber dan bakat AI yang terhad semkin sengit, dan pentingnya AI untuk menangani cabaran buruh dan produktiviti Singapura bagi pertumbuhan ekonomi.
Strategi nasional yang disemak itu adalah hasil perundingan dengan lebih 300 pakar dan organisasi tempatan dan antarabangsa.
Selain daripada pembangunan dan menrik bakat, strategi yang meluas itu mengenal pasti 15 tindakan merentas domain seperti industri, penyelidikan, infrastruktur, persekitaran kawal selia dan kerjasama antarabangsa.
Pemerintah akan menggalakkan "puncak kecemerlangan" AI dalam domain utama.
Ini termasuk sektor utama ekonomi seperti pengilangan, perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logistik, serta sains bioperubatan, dan bidang keutamaan "negara bijak" dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan tenaga manusia, kepercayaanh dan keselamatan serta penyampaian perkhidmatan awam.
Encik Wong mengakui terdapat kebimbangan tentang kesan AI terhadap pekerjaan dan mata pencarian, termasuk kerja berasaskan pengetahuan seperti penyelidikan, pengekodan dan penulisan.
“Kami tidak fikir ia akan menyebabkan masa depan dipenuhi dengan pengangguran. Tetapi ia memerlukan perubahan ketara dalam pekerjaan, dan lebih banyak latihan bagi manusia untuk memanfaatkan AI secara berkesan,” katanya.
Pemerintah merancang untuk melabur dengan ketara dalam pendidikan dan latihan dewasa dan melatih semula serta meningkatkan kemahiran pekerja, tambahnya.
Untuk menjadikan Singapura tempat yang lebih kondusif bagi penciptaan AI yang bernilai, pemerintah akan meningkatkan ketersediaan kuasa komputer berprestasi tinggi dan akses kepada data.
Buat masa ini, Singapura mempunyai lebih 80 penyelidik AI yang aktif, 150 penyelidikan dan pembangunan AI serta pasukan produk,serta 1,100 syarikat permulaan AI.
Pemerintah juga akan membuka lebih banyak data sektor awam secara selektif, untuk pembangunan AI yang memberi manfaat kepada orang ramai, dengan menubuhkan "khidmat data" untuk memudahkan akses tersebut.
Pada masa yang sama, negara akan membina keupayaan dalam teknologi meningkatkan privasi untuk membolehkan perkongsian data yang selamat dan dipercayai.
Encik Wong juga mengakui terdapat risiko dan cabaran AI, yang boleh disalahgunakan untuk mencipta gambar atau video palsu, penipuan, serangan siber dan menyebarkan maklumat tidak tepat.
Pendekatan Singapura kata beliau adalah untuk mencari keseimbangan antara menggalakkan eksperimen dan inovasi, sambil menetapkan peraturan yang diperlukan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.