Skip to main content

Singapura

SG akan sumbang AS$200,000 bagi sokong bantuan kemanusiaan gempa Turki-Syria

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan sumbang AS$200,000 bagi sokong bantuan kemanusiaan gempa Turki-Syria

(Gambar: AP/Emrah Gurel)

Diterbitkan : 24 Feb 2023 01:16PM Dikemas Kini : 24 Feb 2023 01:19PM
SINGAPURA: Singapura akan menyumbang AS$200,000 (S$270,000) untuk menyokong bantuan kemanusiaan dan usaha membangunkan semula Turki dan Syria, selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat pada 6 Februari.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan pada Jumaat (24 Feb) bahawa Singapura akan menghulurkan derma AS$100,000 (S$134,000)kepada Turki menerusi Persatuan Palang Merah Singapura dan AS$100,000 (S$134,000) kepada Rayuan Kemanusiaan yang dilancarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 Februari.

"Kami berharap sumbangan ini akan membantu penduduk Turki dan Syria pulih daripada kesan bencana dahsyat ini," kata jurucakap MFA.

Gempa kuat pada 6 Februari meragut lebih 45,000 nyawa. Para pakar menjangkakan angka korban terus meningkat sedang sisa runtuhan dibersihkan dan operasi menyelamat berakhir.

Lebih 6,200 gegaran susulan dicatatkan sejak itu dan pada Isnin, gempa sekuat 6.4 Richter melanda wilayah selatan Turki serta utara Syria, membunuh enam orang.

Sumbangan MFA itu dilakukan selepas kontinjen seramai 68 anggota penyelamat dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menamatkan misi mereka baru-baru ini.

Kontinjen Operasi Lionheart (OLH) dihantar ke Turki selama 10 hari, dengan pasukan pertama seramai 20 anggota tiba di sana pada 8 Februari dan pasukan kedua pula menyusul pada 10 Februari.

Di tempat kejadian, pasukan SCDF berjaya menyelamatkan dua mangsa, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dikeluarkan daripada runtuhan bangunan tiga tingkat dan membantu mencari seorang lelaki yang terperangkap di bawah bangunan yang separuh runtuh.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita