SG akan sokong rakan negara Komanwel guna teknologi pacu pembangunan, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berikrar Singapura akan menyokong rakan-rakan negara Komanwel dalam penggunaan teknologi untuk memacu pembangunan masing-masing.
Berucap di Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) di Samoa, PM Wong menekankan betapa pentingnya untuk mempunyai daya ketahanan secara kolektif dalam dunia yang semakin berdaya saing.
Membuat penampilan sulungnya di samping rakan-rakan sejawatan Komanwel, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata beliau gembira dapat bertemu dengan ramai rakan sekerja buat kali pertama.
Semasa berucap kepada para pemimpin Komanwel di sesi eksekutif, PM Wong merujuk kepada tema kepimpinan Samoa yang berkisar tentang daya ketahanan dan bagaimana ia semakin penting dalam dunia yang tidak menentu kini.
Dengan konflik yang memuncak di Eropah dan Timur Tengah, ketegangan geopolitik semakin meningkat dan menimbulkan kesan di pentas global.
Maka itu, PM Wong menegaskan perlunya bagi negara-negara anggota untuk mengukuhkan daya ketahanan, baik secara sendiri mahupun bersama - demi membawa manfaat kepada 2.7 bilion penduduk merentasi 56 negara Komanwel.
Dengan tumpuan pada teknologi, PM Wong berkata AI berpotensi untuk memupuk masyarakat yang lebih berdaya bingkas.
Singapura sudahpun memanfaatkan AI dalam pelbagai sektor - untuk meramal dan mengurus keadaan hujan bila terlalu lebat, untuk meningkatkan penghasilan makanan di ladang ikan atau untuk mendiagnosis penyakit.
PM Wong juga meluahkan harapan untuk membantu negara-negara lain dalam transformasi digital mereka.
Beliau menyentuh tentang buku panduan strategi yang dikembangkan Singapura, hasil kerjasama dengan Program Pembangunan PBB dan negara-negara Komanwel, yang boleh dimanfaatkan para anggota sebagai panduan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.