SG akan sentiasa bertindak tegas terhadap campur tangan asing: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berucap kepada media pada 9 Oktober 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam menegaskan bahawa Singapura akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan campur tangan asing yang boleh menjejas keamanan dan kedaulatan negara.
Dalam catatannya di Facebook pada Sabtu (28 Mac), beliau merujuk kepada seorang aktivis Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang didakwa menggalakkan pendekatan advokasi radikal di Singapura.
Ini termasuk menghasut individu tempatan supaya melanggar undang-undang dan menggunakan keganasan.
Pada Jumaat, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan aktivis Malaysia itu dilarang masuk ke Singapura kerana terlibat dalam aktivisme politik di negara ini.
“Apabila ada pihak cuba campur tangan dengan cara sedemikian, kami akan bertindak secara tegas tanpa mengira sama ada individu tersebut warga Singapura, Malaysia atau negara lain,” kata beliau.
Encik Shanmugam turut berkata bahawa lebih ramai pihak luar dari Malaysia, yang cuba mempengaruhi pandangan awam berkaitan kesalahan jenayah, dasar luar negara dan struktur pentadbiran negara.
Beliau menegaskan bahawa pendirian Singapura sejak merdeka pada 1965 adalah jelas bahawa sebarang bentuk campur tangan asing tidak boleh diterima.
"Pendirian itu kekal tidak berubah - dan ia akan dikuatkuasakan dengan tegas," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.