Skip to main content

Singapura

SG akan rekrut lagi 3,500 tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak jelang 2030

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merancang untuk merekrut lagi 3,500 tenaga pengajar bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2030.
Anggaran Waktu Membaca:
SG akan rekrut lagi 3,500 tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak jelang 2030
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merancang untuk merekrut lagi 3,500 tenaga pengajar bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2030. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merancang untuk merekrut lagi 3,500 tenaga pengajar bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2030.

Ia sebagai sebahagian daripada matlamat lima tahunnya untuk meningkatkan mutu program dan kakitangan dalam sektor tersebut.

Satu piagam baharu bagi menangani beban kerja dan waktu bekerja para guru prasekolah juga akan dibangunkan pada separuh kedua 2026.

Para pendidik juga akan menerima latihan dan pembangunan profesional yang dipertingkat sebelum menjalani perkhidmatan, demi memenuhi keperluan pembelajaran yang kian berubah-ubah, di samping memperluaskan pendekatan berdasarkan permainan.

Selain itu, MSF turut mengulangi komitmennya untuk memastikan tenaga pendidik disokong dengan baik.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita