SG akan pertingkat kerjasama dengan Arab Saudi, Mesir untuk bina kecekapan dan kepimpinan pemikiran agama

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Bin AbdulAziz Al Sheikh di Riyadh. (Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)
Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dalam merumuskan lawatan kerjanya ke kedua-dua negara itu daripada 9 hingga 15 Januari.
Menerusi satu catatan di Facebook pada Rabu (18 Jan), Encik Masagos berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdullatif Bin AbdulAziz Al Sheikh, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC), Hissein Brahim Taha, Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Allam dan Imam Besar Al Azhar, Dr Ahmed El Tayyeb.
"Alhamdulillah, perbincangan kami padat dan bernas dan kami bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam membina kecekapan dan kepimpinan pemikiran agama untuk membimbing masyarakat mengharungi cabaran kehidupan moden yang kompleks hari ini, dengan bersandarkan kepada tradisi Islam yang kukuh.
"Kami meninjau kerjasama dalam bidang-bidang akademik dan projek kajian bagi program RPCS, melalui wadah-wadah seperti syaharan, penerbitan makalah, perbincangan meja bundar, serta seminar," kata Encik Masagos
"Kami berjaya meraih kemajuan dalam bidang Haji, beroleh rakan-rakan kongsi yang baru untuk bekerjasama dalam program RPCS, juga kerjasama dalam bidang pembangunan sosial dan keluarga. Saya mengalu-alukan kerjasama erat antara ketiga-tiga negara demi manfaat rakyat kita semua," kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.