SG akan peroleh 3 pesawat pemantauan maritim Gulfstream G550
Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan memperoleh tiga pesawat pemantauan maritim Gulfstream G550 untuk memberikan amaran lebih baik tentang ancaman maritim, menurut Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Jumaat (27 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan memperoleh tiga pesawat pemantauan maritim Gulfstream G550 untuk memberikan amaran lebih baik tentang ancaman maritim, menurut Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Jumaat (27 Feb).
"Ini menyokong misi SAF dalam melindungi laluan laut Singapura sebagai sebahagian daripada rangkaian pengawasan keselamatan maritim Singapura," kata Encik Chan di Parlimen semasa beliau membentangkan rancangan perbelanjaan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk tahun ini.
Laluan laut berkenaan merupakan laluan maritim utama yang digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk perdagangan.
Pesawat G550 itu dilengkapi dengan sistem radar, kamera elektro-optik dan inframerah serta sistem komunikasi dan pengenalpastian.
Ini membolehkan pesawat itu mengesan, mengenal pasti dan menjejak pelbagai potensi ancaman maritim, menurut MINDEF dalam satu kenyataan media.
Setiap pesawat berukuran sepanjang 29.8 meter dengan sayap selebar 28.5 meter, dan boleh menampung dua juruterbang serta sehingga enam anak kapal.
Pesawat Gulfstream 550 baharu itu akan melengkapi empat pesawat ronda maritim Boeing P-8A yang diumumkan pada September tahun lalu.
Encik Chan berkata Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) juga akan terus menggunakan platform tanpa pemandu bagi konsep operasi baharu dan menggandingkannya dengan platform yang dikendalikan pemandu.
Beliau menarik perhatian kepada kapal tempur pelbagai peranan (MRCV) Tentera Laut yang direka untuk berfungsi sebagai pangkalan bagi sistem-sistem tanpa pemandu.
MRCV pertama daripada enam keseluruhannya dilancarkan pada Oktober 2025 dan diberikan nama Victory.
Encik Chan berkata MRCV kedua dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
Encik Chan berkata di Parlimen bahawa komitmen pertama MINDEF adalah "cara yang mantap, konsisten dan berdisiplin" dalam menguruskan perbelanjaan pertahanan.
Beliau menambah: "Memandang ke hadapan, saya menjangkakan peningkatan perbelanjaan pertahanan selaras dengan pertumbuhan GDP kita, kecuali berlaku kegenjotan besar. Namun, jika timbul keperluan, kami bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi."
Dalam kenyataan Belanjawan pada 12 Feb, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata peruntukan pertahanan akan kekal pada 3 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP), walaupun ia akan berubah jika keadaan memerlukan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.