Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan perluas jagaan kesihatan mental dan akses khidmatnya untuk masyarakat

Rakyat Singapura tidak lama lagi boleh mendapatkan sokongan kesihatan mental yang mereka perlukan di mana-mana sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan perluas jagaan kesihatan mental dan akses khidmatnya untuk masyarakat

Gambar hiasan: iStock/Chaay_Tee

Diterbitkan : 03 Feb 2024 06:40PM Dikemas Kini : 03 Feb 2024 07:02PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura tidak lama lagi boleh mendapatkan sokongan kesihatan mental yang mereka perlukan di mana-mana sahaja.

Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Dr Janil Puthucheary memberi jaminan itu menjelang perbahasan Parlimen mengenai strategi kesihatan mental nasional.

Menjelang 2030, Kementerian Kesihatan (MOH) ingin melengkapkan lebih 1,300 doktor biasa (GP) dengan kemahiran yang lebih baik bagi menangani kes-kes tersebut serta untuk semua poliklinik menawarkan khidmat kesihatan mental.

Malah, ia juga akan diperluas di luar sektor perubatan.

Itu yang sedang diusahakan pemerintah iaitu satu ekosistem di mana jagaan kesihatan mental disediakan merentasi pelbagai sektor.

"Anda pilih apa yang buat anda rasa selesa, apa yang mudah untuk anda akses. Penyedia khidmat kesihatan mental yang anda percaya, dan yang anda boleh bina hubungan yang dipercayai.

"Bagi sesetengah orang, ia mungkin di tempat kerja atau sekolah mereka. Bagi sesetengah lain, ia mungkin di kalangan masyarakat. Bagi yang lain, ia mungkin di poliklinik atau doktor keluarga, yang mereka sudah menjalin hubungan.

"Kita biarkan mereka pilih dan kami pastikan kepada sesiapa mereka tuju, tidak akan ditolak, semua akan diterima dan mereka berada di dalam ekosistem kesihatan mental kita," kata Dr Janil.

Model jagaan berperingkat juga akan diperkenalkan agar para penyedia khidmat boleh memberi rujukan dengan lebih lancar, sesuai dengan tahap sokongan kesihatan mental yang diperlukan seseorang itu.

"Secara amnya, kami mahu mengalihkan tumpuan kepada cara bagaimana kita menyediaan khidmat jagaan kesihatan mental dalam masyarakat.

"Iaitu mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan rawatan di institusi berhubung isu kesihatan dan kesejahteraan mental.

"Kedua, kami ingin memperluaskan keupayaan lebih ramai pihak untuk menangani isu kesihatan dan kesejahteraan mental. Jadi tidak semuanya harus ditangani oleh seorang doktor," kata Dr Janil lanjut.

Maka itulah pelbagai agensi kini dilibatkan sama dalam usaha sedemikian - menjadi sebahagian daripada pasukan bertindak mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental.

Sebilangan pemegang jawatan politik dari kementerian-kementerian berbeza dijangka berkongsi pandangan mengenai usaha tersebut semasa perbahasan di Parlimen nanti.

TINGKATKAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH DAN TEMPAT KERJA

Strategi nasional terbaru itu turut menimbangkan beberapa cara untuk meningkatkan kesihatan mental di sekolah dan tempat kerja.

Contohnya, pendidikan kesihatan mental kini merupakan sebahagian daripada kurikulum biasa di sekolah rendah dan menengah.

Semua sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang kaunselor yang menghadiri kursus secara kerap untuk menajamkan atau memperhalusi kemahiran mereka.

Sekolah-sekolah juga menerima dana bagi menawarkan cara-cara baharu untuk meningkatkan kesejahteraan para pelajar.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga kerap mendampingi tempat-tempat kerja untuk memperbaiki dasar-dasar kesejahtaraan mental mereka.

Ini termasuk menyediakan aturan kerja fleksibel dan program kesejahteraan khusus.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan