Skip to main content

Singapura

SG akan perkenal undang-undang baharu bagi khidmat cloud utama & pusat data

Singapura akan memperkenalkan undang-undang baharu yang meliputi khidmat cloud utama dan pusat data, sedang permintaan terhadap prasarana digital terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan perkenal undang-undang baharu bagi khidmat cloud utama & pusat data

Deretan pelayan komputer di sebuah pusat data. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Sep 2026 09:06PM Dikemas Kini : 29 Sep 2026 09:45PM
  • Singapura akan memperkenalkan Rang Prasarana Digital bagi mengawal khidmat cloud utama dan pusat data ketika permintaan terhadap prasarana digital terus meningkat.
  • Rang itu akan diusulkan ke Parlimen minggu depan, selepas diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Tan Kiat How di Minggu Teknologi Singapura.
  • Cadangan tersebut menetapkan jangkaan lebih jelas tentang keselamatan, daya tahan dan kemampanan, khususnya merentasi sektor pusat data.
  • Langkah ini bertujuan memastikan prasarana digital Singapura kekal selamat, berdaya tahan dan mampan apabila AI semakin digunakan dalam perniagaan dan khidmat penting.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Singapura akan memperkenalkan undang-undang baharu yang meliputi khidmat cloud utama dan pusat data, sedang permintaan terhadap prasarana digital terus meningkat.

Rang Prasarana Digital itu akan diusulkan ke Parlimen minggu depan.

Ia akan menyarankan jangkaan lebih jelas mengenai keselamatan dan daya tahan khidmat cloud utama dan pusat data, selain meningkatkan piawai kemampanan merentasi sektor pusat data.

Menteri Negara Kanan Penerangan dan Pembangunan Digital Tan Kiat How mengumumkan demikian semasa berucap di majlis pembukaan Minggu Teknologi Singapura.

Encik Tan berkata Singapura membuat perancangan dan pelaburan awal dalam infrastruktur digital sambil mengimbangi pertumbuhan dengan kekangan yang dihadapi sebuah negara kecil.

Menurut beliau, permintaan bagi kuasa pengkomputeran, pusat data, keterhubungan dan tenaga akan terus meningkat sedang kecerdasan buatan (AI) semakin disepadukan dalam perniagaan dan khidmat penting.
Related article image
Para pengunjung meninjau ruang pameran di Minggu Teknologi Singapura pada 29 September 2026. (Gambar: Mediacorp)
Rang undang-undang baharu itu merupakan sebahagian daripada usaha Singapura untuk memastikan prasarana digital negara kekal selamat, berdaya tahan dan mampan sedang penggunaan AI dan permintaan terhadap khidmat digital terus berkembang.
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita