SG akan perkenal geran S$20 juta sokong pembangunan bentuk seni berbilang budaya
Satu geran baharu bernilai S$20 juta bagi menyokong pembangunan bentuk seni tradisional dan berbilang budaya akan diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo berucap di Parlimen pada 5 Mac 2026.
SINGAPURA: Satu geran baharu bernilai S$20 juta bagi menyokong pembangunan bentuk seni tradisional dan berbilang budaya akan diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Langkah tersebut diumumkan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo, di parlimen pada Khamis (5 Mac) semasa beliau membentangkan pedrancangan perbelanjaan kementeriannya bagi tahun ini.
Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dipertingkatkan untuk memperkukuh identiti pelbagai budaya Singapura yang unik, tambah beliau.
Geran Program Seni Berbilang Budaya (MAP), yang akan berjalan selama lima tahun, akan ditadbir oleh NAC dan dibiayai oleh Cabaran Presiden serta MCCY.
NAC akan melancarkan geran tersebut melalui panggilan terbuka pada separuh kedua tahun ini, dengan permohonan diterima setiap tahun bermula dari waktu tersebut.
Ia akan menyokong pelbagai produksi dan inisiatif seni pelbagai budaya, termasuk keadaan di mana artis menyatukan elemen daripada budaya lain atau apabila mereka ingin mempelajari dan membina kemahiran dalam bentuk budaya di luar tradisi warisan mereka sendiri.
"Apabila saya bercakap dengan pengamal daripada kumpulan seni dan budaya kita, mereka memberitahu saya bahawa mereka mula menyedari minat yang merosot dalam kalangan belia untuk terlibat dalam seni tradisional. Sesetengah belia menukar aktiviti kokurikulum tarian tradisional kepada gaya tarian kontemporari seperti K-pop," kata Encik Neo.
"Walaupun saya memahami daya tarikan K-pop dan K-drama, kita juga perlu mengekalkan pelbagai bentuk seni tradisional dan budaya kita yang membentuk asas identiti berbilang budaya kita, dan kita perlu menyampaikannya kepada generasi seterusnya."
Dalam satu kenyataan fakta, MCCY menyatakan bahawa satu panel berbilang budaya Cabaran Presiden juga akan dibentuk untuk menerajui dan membimbing inisiatif seni pelbagai budaya.
"Panel tersebut akan memberi nasihat dalam bidang seperti memajukan pembangunan seni pelbagai budaya Singapura, mengenal pasti bidang pembelajaran, pertumbuhan dan pelaburan untuk seni berbilang budaya, serta memberi nasihat mengenai kriteria luas bagi permohonan geran MAP," tambah kementerian itu.
Selaras dengan dorongan berbilang budaya ini, NAC, dengan sokongan Kementerian Pendidikan (MOE), akan melancarkan Program Tarian Gabungan Etnik untuk semua sekolah menengah dari Mac 2026 hingga Ogos 2027.
Program itu akan menyediakan latihan kepada pelajar dalam tiga bentuk tarian tradisional - Cina, Melayu, dan India - serta kaitannya dengan tarian kontemporari.
Ia akan melibatkan pengamal tarian mapan yang terlatih dalam tarian tradisional dan kontemporari.
Semua pelajar akan menerima latihan asas dalam bentuk tarian tersebut dan berpeluang untuk menghadiri uji bakat bagi persembahan akhir di platform pertandingan tarian tempatan, Super 24.
NAC juga akan merintis Program Pendidikan Seni Berterusan untuk prasekolah yang bertujuan menyepadukan pembelajaran seni ke dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui program yang memfokuskan kepada muzik, permainan kreatif, dan warisan budaya Singapura.
"Di seluruh dunia, kita melihat bagaimana kepelbagaian sosial membawa kepada perpecahan. Oleh itu, adalah kritikal untuk kita memperkukuh pemahaman rentas budaya dan mendalami identiti bersama kita," kata Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Baey Yam Keng.
"Di sinilah seni boleh menjadi pemangkin yang kuat. Melalui seni, kita dapat mengenali diri kita dan dari mana asal usul kita. Lebih penting lagi, seni menggalakkan kita untuk melihat melampaui perbezaan dan menghargai persamaan kita."
JAWATANKUASA PENGLIBATAN & PEMBANGUNAN KOMUNITI INDIA BAHARU
Kementerian tu pada Khamis juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penglibatan dan Pembangunan India (INEI) yang baharu, bertujuan memperkukuh identiti India Singapura, menyelaras usaha meningkatkan taraf masyarakat, dan membangunkan kepimpinan belia dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ini menyusuli siri pelibatan dan perbincangan kumpulan fokus dengan pelbagai pihak berkepentingan dan kumpulan masyarakat, termasuk wakil daripada lebih 150 pertubuhan India Singapura dan lebih 240 pemimpin belia India Singapura berumur 35 tahun ke bawah.
INEI akan dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Undang-undang, Murali Pillai, serta Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Dinesh Vasu Dash.
Ia akan terdiri daripada pemimpin dan wakil daripada pertubuhan masyarakat India serta pemimpin belia yang berpotensi, menurut kementerian itu.
"Ini akan menjadi jawatankuasa oleh masyarakat, dan untuk masyarakat," kata Encik Dinesh dalam ucapannya.
"Matlamatnya adalah untuk membina rangkaian yang kuat dalam seluruh masyarakat India, menyatukan rakan kongsi yang sudah melakukan kerja baik di lapangan, termasuk SINDA dan Narpani."
Jawatankuasa itu akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu memacu peningkatan taraf masyarakat, memperkukuh perpaduan sosial dan memupuk semangat "Kita Diutamakan serta membangunkan barisan pemimpin belia India Singapura.
Satu forum tahunan INEI akan ditubuhkan, dengan dialog pertama akan diadakan pada bulan depan, kata Encik Dinesh.

Sumber : CNA/IM/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.