Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan perhebat usaha capai integrasi ekonomi serantau

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan perhebat usaha capai integrasi ekonomi serantau

Bendera negara-negara anggota ASEAN di Batam pada 2023. (Gambar: Bay ISMOYO / AFP)

SINGAPURA: Singapura akan menggandakan usaha untuk mencapai integrasi ekonomi serantau dan meneroka peluang-peluang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Ini menyusuli pertemuan para menteri ekonomi ASEAN secara maya pada Khamis (10 Apr).

Mereka bersetuju untuk tidak melakukan tindak balas terhadap tarif Amerika Syarikat.

Sebaliknya, negara-negara anggota ASEAN bersetuju untuk mengadakan dialog yang berterus terang dan membina dengan Amerika bagi menangani pelbagai keprihatinan berkaitan perdagangan.

Para menteri ekonomi ASEAN juga mahu mengekalkan hubungan dengan Amerika tetapi pada masa yang sama turut menjaga dan melindungi kepentingan ekonomi ASEAN.

Dalam kenyataannya, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan menegaskan lagi komitmen Singapura untuk bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota ASEAN yang lain dalam masa yang mencabar sekarang.

Sebuah pasukan bertindak serantau akan ditubuhkan untuk membincangkan kesan tarif Amerika dan menjaga kepentingan perdagangan serta pelaburan ASEAN.
Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan