SG akan perdalam kerjasama dalam bidang pertumbuhan utama seperti ekonomi digital, hijau: MTI
Singapura akan memperdalamkan kerjasama dalam bidang pertumbuhan utama seperti ekonomi digital dan hijau sedang negara ini menangani pergolakan tarif dan perubahan iklim.
Ia melibatkan penggunaan tenaga karbon rendah untuk memperluaskan hubungan perdagangan.
Dalam tambahan kepada Ucapan Presiden semasa pembukaan Parlimen ke-15, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata di tengah-tengah peralihan global, Singapura harus kekal sebagai sebuah hab perniagaan yang diyakini dan saling terhubung.
Beliau menambah negara itu perlu disepadukan ke dalam rantaian bekalan global dan aliran perdagangan.
Untuk mencapai matlamat-matlamat itu, Singapura akan memperluaskan hubungan dengan pasaran baru muncul seperti Amerika Latin dan Afrika, serta memperdalamkan integrasi di rantau ASEAN.
Singapura juga merancang untuk memeterai lebih banyak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) selain daripada 28 yang sedia ada.
Bagi menarik serta mengekalkan firma tempatan dan asing yang terkemuka di negara ini, Singapura menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan mereka dengan infrastruktur yang cekap dan teknologi canggih seperti AI.
Satu lagi keutamaan adalah usaha mesra alam.
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan juga akan membina keupayaan dalam pilihan rendah karbon yang berpotensi seperti tenaga nuklear dan hidrogen.
Di sisi ekonomi, bank pusat Singapura berhasrat mempromosikan petumbuhan yang stabil tanpa inflasi, di tengah-tengah ketidaktentuan global dan risiko baharu.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga akan menyokong sektor kewangan.
Ini merangkumi inisiatif seperti mempercepatkan penggunaan AI dan menarik lebih banyak pembiayaan untuk infrastruktur mampan di rantau ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.