SG akan pastikan rundingan iklim berada di landasan betul jelang COP30
Sedang rundingan iklim yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Belem di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan pergeseran perdagangan yang semakin meningkat, Singapura akan berusaha untuk memastikan tindakan iklim global kekal di landasan yang betul, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang rundingan iklim yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Belem di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan pergeseran perdagangan yang semakin meningkat, Singapura akan berusaha untuk memastikan tindakan iklim global kekal di landasan yang betul, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.
Beliau menekankan sidang tahunan itu masih penting walaupun berdepan cabaran yang semakin besar.
“Ini adalah satu proses antarabangsa, dan jika anda tidak hadir ke mesyuarat tersebut, anda membenarkan keputusan dibuat dan dikenakan ke atas anda,” kata Cik Fu, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.
"Penting untuk kita memastikan suara Singapura diwakili dalam proses ini dan sewajarnya, kita juga ingin membantu membentuk keputusan supaya kepentingan Singapura dan kepentingan dunia diambil kira."
Beliau berkata demikian kepada media pada Isnin (3 Nov), menjelang Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang ke-30 (COP30), yang menandakan rundingan iklim global selama tiga dekad.
Acara itu akan diadakan di bandar Belem, Brazil, yang dipilih kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan Hutan Amazon, dari 10 hingga 21 November.
AMERIKA SYARIKAT TIDAK HADIR DI SIDANG IKLIM
Antara perkembangan ketara pada sidang kali ini adalah ketiadaan Amerika Syarikat, yang tidak akan menghantar sebarang delegasi berpangkat tinggi ke Sidang Puncak COP30, menurut seorang pegawai Rumah Putih pada Sabtu lalu.
Presiden Donald Trump sebelum ini mengambil langkah untuk menarik keluar Amerika Syarikat – pengeluar gas rumah hijau kedua terbesar dunia – daripada Perjanjian Paris yang menjadi asas kepada usaha iklim global.
Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB pada September, Encik Trump menolak isu perubahan iklim sebagai “penipuan terbesar" di dunia.
Cik Fu, yang akan mewakili Singapura di sidang tersebut, menyamakan tindakan Amerika Syarikat dengan seorang pelajar yang memutuskan untuk tidak hadir ke kelas dan memberitahu pelajar lain bahawa "tidak belajar itu adalah satu idea yang agak baik”.
“Bagaimana kita dapat memastikan pelajar lain dalam kelas itu akan terus hadir, memberi perhatian dan bekerjasama?” soal beliau.
“Kita perlu ada kepimpinan alternatif yang menyediakan hala tuju tersebut.”
Kenyataan beliau dibuat sedang tarif Amerika Syarikat dan gangguan rantaian bekalan memberi kesan terhadap sektor tenaga bersih dan bidang-bidang berkaitan, perkembangan yang menurutnya “tidak akan membantu” rundingan COP.
Para pakar memberitahu Mediacorp bahawa cabaran-cabaran tersebut sudah pun melemahkan kebolehan negara untuk berunding, dengan perniagaan bergelut akibat kos lebih tinggi dan permintaan yang lembap – sekali gus menambah tekanan ke atas pemerintah supaya lebih berhati-hati dengan komitmen mereka.
Walaupun berdepan rintangan, Cik Fu yakin akan ada “momentum yang kukuh” daripada Singapura dan negara-negara sehaluan untuk memastikan usaha iklim kekal di landasan.
“Semua pihak lain perlu bekerja dua kali lebih keras untuk menyatukan semula proses yang kini sedang dicabar oleh pelbagai perkara,” tegasnya.
HALA TUJU PERJANJIAN PARIS
Sidang tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 sejak hampir 200 negara memeterai Perjanjian Paris bagi mengelakkan berlaku kesan akibat buruk angkara perubahan iklim.
Namun, semakin banyak keraguan timbul tentang sama ada kemajuan nyata dapat dicapai.
Banyak negara, misalnya, masih belum mengemukakan Sumbangan Ditetapkan Secara Nasional (NDC) mereka yang dikemas kini.
Ramai pemimpin, termasuk Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, menyeru agar COP30 memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan kebertanggungjawaban.
Walaupun ada yang menganggap kemajuan yang dicapai adalah perlahan, Cik Fu berkata sebenarnya sudah ada “perkembangan ketara” dari segi penggunaan tenaga boleh diperbaharui hingga ke usaha menyahkarbon yang lebih meluas.
Beliau menggesa negara-negara agar menunaikan janji iklim masing-masing dan menumpukan lebih perhatian kepada usaha penyesuaian yang dapat menangani risiko yang semakin meningkat terhadap perniagaan dan masyarakat.
“Adalah penting untuk pihak lain kekal komited,” kata beliau. “Salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan semua pemimpin dan menteri menegaskan komitmen mereka terhadap Perjanjian Paris serta kepada pendekatan pelbagai hala.”
Singapura, katanya, menantikan peluang untuk berkongsi penyelesaian praktikal dan berkongsi idea sepanjang sidang dua minggu itu.
“Kami tidak mempunyai kesemua penyelesaiannya di Singapura – jauh sekali – tetapi kami sedang berusaha ke arah itu,” katanya, yang merancang untuk memperuntukkan lebih masa kepada COP kali ini untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sejawatannya dan meneroka projek-projek kerjasama.
“Kami berharap dapat mengadakan perbincangan mendalam dengan rakan (dan) pihak yang berminat untuk mencapai kemajuan, memperkenalkan penyelesaian tertentu ke negara mereka, dan juga untuk kita mengimport dan mendakap beberapa penyelesaian yang ada.”
CABARAN PASARAN KARBON GLOBAL
Dalam temu bual itu, Cik Fu berkata pasaran karbon global “masih di peringkat awal” dengan pelbagai piawaian yang bertindih.
Pada sidang COP yang lalu, negara-negara memuktamadkan peraturan bagi pasaran karbon global di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, dengan mewujudkan rangka kerja bagi perdagangan kredit karbon antarabangsa.
Kredit karbon boleh dijana daripada projek-projek yang mengurangkan atau menyingkirkan pelepasan karbon – seperti pemulihan hutan atau pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui.
Ia boleh diperdagangkan di pasaran karbon, membolehkan entiti mengimbangi pelepasan karbon yang tidak dapat dikurangkan melalui operasi mereka sendiri.
Namun, kredibilitinya kini di bawah penelitian susulan tuduhan berlaku penghijauan palsu atau “greenwashing”.
"Apa yang kami lakukan sekarang juga adalah untuk cuba menyatukan dan menyelaraskan, supaya pasaran, sebenarnya, tidak perlu berurusan dengan banyak peraturan dan piawaian," kata Cik Fu.
Beliau turut menyentuh tentang bagaimana para pelabur kini semakin kerap menilai sejauh mana sesebuah negara mampu menyesuaikan diri kepada risiko iklim – sesuatu yang Singapura ingin bersedia untuk hadapi.
“Kita perlu (memberi) tumpuan yang mencukupi dan sewajarnya kepada penyesuaian,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.