SG akan pastikan pekerja terlindung daripada diskriminasi di tempat kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan memastikan para pekerja terlindung daripada diskriminasi di tempat pekerja.
Caranya - dengan menggubal Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) menjadi undang-undang pada separuh kedua tahun ini.
Mengumumkannya dalam satu persidangan sempena Hari Wanita Sedunia, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo mengatakan, ini sebahagian daripada usaha pemerintah bagi membantu golongan wanita memajukan serta memenuhi potensi mereka.

"Perundangan Keadilan di Tempat Kerja yang baharu akan mengukuhkan lagi perlindungan terhadap diskriminasi, termasuk diskriminasi dari segi jantina, serta memastikan pekerja dinilai untuk sesuatu jawatan berdasarkan merit," kata Cik Teo.
Cik Teo menambah, Pemerintah turut mendorong penyertaan lebih ramai wanita di bidang kepimpinan.
Contohnya, peraturan bagi syarikat-syarikat yang tersenarai untuk mempunyai lembaga pengarah yang lebih pelbagai, khususnya dari sudut jantina.
Pemerintah juga akan sediakan lebih banyak sokongan bagi para penjaga, menerusi garis panduan Aturan Kerja Fleksibel yang akan dilancar akhir tahun ini.
Usaha sedemikian menurut Cik Teo, membolehkan lebih ramai wanita untuk kekal atau kembali ke tempat kerja, serta mencapai kecemerlangan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.