Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan mulakan operasi gugurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Singapura akan segera mulakan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dari udara yang dikirim menerusi Jordan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Mar 2024 06:57PM Dikemas Kini : 17 Mar 2024 09:10PM

SINGAPURA: Singapura akan segera mulakan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dari udara yang dikirim menerusi Jordan.

Barangan yang tersenarai termasuk bungkusan makanan, bekalan perubatan serta peralatan.

Ia merupakan kali ketiga Singapura menghantar bantuan untuk Gaza dengan lebih banyak kiriman dijangka tiba di Jordan dalam beberapa hari lagi.

airdrop
(Gambar: MFA)

Ini sedang angka korban di Gaza mencecah lebih 31,600 orang.

Puluhan pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) gigih melakukan persiapan sambil dibantu rakan sejawatan mereka dari Jordan.

Ini juga dijalankan bagi menyokong operasi menggugurkan barangan keperluan kepada penduduk Gaza dari udara.

Bungkusan makanan serta bekalan lain disusun dengan mengambil kira keperluan mereka.

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad kini berada di Jordan bagi memantau penyerahan kiriman bantuan tersebut.

Mereka bertemu dengan para anggota SAF yang bertugas serta menyampaikan penghargaan atas usaha mereka.

Dr Balakrishnan menyifatkannya sebagai satu misi cukup genting pada waktu ini dan setiap bantuan yang digugurkan dapat membantu.

"Saya berharap, semua ini tidak perlu. Apa yang kita benar-benar perlukan sekarang adalah gencatan senjata kemanusiaan serta-merta.

"Kita perlukan pembebasan segera semua tebusan tanpa syarat. Jika ini dapat dicapai, maka semua bantuan kemanusiaan dapat mengalir kepada penduduk awam di Gaza," kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Tarikh dan butiran operasi tersebut tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, Encik Zaqy memberi jaminan bahawa bantuan akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan lebih banyak kiriman Singapura bakal tiba.

"SAF terus menyokong bantuan kemanusiaan daripada Singapura ke Gaza dan ini menunjukkan keprihatinan kami terhadap apa yang berlaku.

airdrop
(Gambar: MFA)
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan