Skip to main content

Singapura

SG akan latih 18,000 pekerja dalam bidang teknologi baharu dalam tempoh 3 tahun akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan latih 18,000 pekerja dalam bidang teknologi baharu dalam tempoh 3 tahun akan datang

Gambar: Mediacorp

Diterbitkan : 04 Sep 2023 11:42PM Dikemas Kini : 05 Sep 2023 07:43AM
SINGAPURA: Singapura bermatlamat untuk melatih hampir 18,000 pekerja dalam tempoh tiga tahun mendatang dalam bidang teknologi berkembang seperti kecerdasan buatan dan kejuruteraan sofwe.

Ia merupakan sebahagian usaha untuk menyiapkan diri bagi era digital sedang kemajuan pesat dalam teknologi dijangka menggantikan lebih ramai pekerja berbanding sebelum ini.

Menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo, tindak balas Singapura adalah meningkatkan secara aktif keupayaan syarikat dan tenaga kerja.

SME kata Cik Teo, memerlukan lebih banyak bantuan berbanding firma-firma lebih besar kerana SME kekurangan sumber.

Lima rakan latihan akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat bagi program-program kemahiran semula bagi para pekerja.

Ini termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS), Politeknik Ngee Ann dan hab pembelajaran
NTUC.

Misalnya para pekerja akan dilatih mengenai etika AI serta peranan yang diperlukan para peniaga sedang teknologi AI berkembang.

Pada masa yang sama, lebih ramai wanita juga mendapat pengiktirafan atas kejayaan dalam ruang teknologi.

800 wanita dicalonkan bagi senarai Wanita SG100 dalam Teknologi.

Jumlah itu adalah peningkatan 30 peratus berbanding tahun 2021.
Sumber : CNA/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita