SG akan lancar inisiatif baharu pemadanan kerja pada Okt
Anggaran Waktu Membaca:
- Sebuah inisiatif pemadanan kerja, yang akan menghubungkan penduduk kepada peluang pekerjaan dekat dengan rumah mereka, akan dilancarkan di merata Singapura pada Oktober depan.
- Datuk bandar Daerah Barat Daya merangkap Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata: "Syarikat-syarikat memberitahu kami mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja, terutama semasa waktu sibuk kitaran perniagaan."
- Semasa mengunjungi pameran kerja di Kelab Masyarakat Hillview, Cik Low berkata inisiatif baharu itu akan menyokong para penduduk yang memerlukan lebih banyak bantuan mencari kerja.
- Sepanjang dua bulan seterusnya, duta-duta pekerjaan dari CDC Barat Daya akan berada di kelab-kelab masyarakat.
SINGAPURA: Sebuah inisiatif pemadanan kerja, yang akan menghubungkan penduduk kepada peluang pekerjaan dekat dengan rumah mereka, akan dilancarkan di merata Singapura pada Oktober depan.
Ia akan dimulakan di lima balai rakyat di bahagian barat daya Singapura sebelum inisiatif itu diperluaskan ke seluruh negara.
Mereka yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan sokongan dan juga peluang temu duga bersama majikan di klinik-klinik kerja tersebut.
Datuk bandar Daerah Barat Daya merangkap Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata: "Syarikat-syarikat memberitahu kami mereka menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja, terutama semasa waktu sibuk kitaran perniagaan.
"Perkara kedua yang diberitahu kepada kami adalah mereka mendapati, secara amnya, pencari kerja akan utamakan syarikat-syarikat besar dan mungkin tidak sedar akan peluang pekerjaan baik serta fleksibel yang disediakan oleh syarikat-syarikat lebih kecil atau SME."
Semasa mengunjungi pameran kerja di Kelab Masyarakat Hillview, Cik Low berkata inisiatif baharu itu akan menyokong para penduduk yang memerlukan lebih banyak bantuan mencari kerja.
Ini termasuk bagi para penjaga, mereka yang kurang biasa dengan penggunaan teknologi, warga tua yang mahu bekerja lebih dekat dengan rumah serta golongan yang membuat peralihan di pertengahan kerjaya.
Sepanjang dua bulan seterusnya, duta-duta pekerjaan dari CDC Barat Daya akan berada di kelab-kelab masyarakat.
Mereka akan menghulurkan sokongan dengan menyelaraskan sesi temu duga untuk penduduk dan menyediakan bimbingan kerjaya.
Majikan juga akan dilibatkan dalam mereka semula peranan agar ia lebih sepadan dengan keperluan pencari kerja.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.