SG akan labur S$37 bilion bagi tujuan kajian, inovasi, keusahawanan dalam masa 5 tahun
Singapura akan melabur S$37 bilion – atau sekitar satu peratus daripada pengeluaran ekonominya – bagi kajian, inovasi dan keusahawanan dalam masa lima tahun akan datang, menurut Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) pada Jumaat (5 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan melabur S$37 bilion – atau sekitar satu peratus daripada pengeluaran ekonominya – bagi kajian, inovasi dan keusahawanan dalam masa lima tahun akan datang, menurut Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) pada Jumaat (5 Dis).
Daripada jumlah keseluruhan itu, lapan peratus – atau S$3 bilion – akan diperuntukkan bagi tujuan kajian, inovasi dan keusahawanan dalam projek-projek utama serta “cabaran besar”, termasuk industri semikonduktor dan penyelidikan jangka hayat.
Berucap di sidang media bagi mengumumkan pusingan seterusnya bagi peruntukan kajian, inovasi dan keusahawanan, Menteri Kanan Lee Hsien Loong menarik perhatian bahawa Singapura akan mengekalkan pelaburan sekitar satu peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasarnya (GDP) dalam bidang-bidang tersebut.
Projek-projek utama dan cabaran-cabaran besar tersebut akan menjadi program kebangsaan berskala besar dengan tumpuan misi yang kuat, tambahnya.
"Setiap program kebangsaan akan membangunkan portfolio penyelidikan bersepadu untuk menangani cabaran besar dalam satu sektor atau bidang yang penting," kata Encik Lee.
"Ini akan membantu menumpukan usaha dan perhatian kita, serta menciptakan lebih banyak nilai dan kesan."
Idea mengenai projek-projek utama dan cabaran-cabaran besar itu pertama kali diumumkan oleh pengerusi NRF Heng Swee Keat di parlimen pada Februari lalu ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau berundur daripada politik selepas Pilihan Raya Umum (GE) lalu.
Projek-projek utama yang disebutkan akan "menggalakkan penciptaan nilai" dalam sektor-sektor ekonomi utama manakala cabaran-cabaran besar pula akan menangani keutamaan strategik kebangsaan, kata Encik Heng ketika itu.
Selain kajian berhubung jangka hayat dan semikonduktor, terdapat satu lagi projek utama dan satu lagi cabaran besar yang masih belum diumumkan.
Berucap di sidang media itu, Encik Heng berkata walaupun apa yang dilaburkan oleh Singapura dalam kajian, inovasi dan keusahawanan adalah ketara, ia "tetap sebahagian kecil daripada keseluruhan pelaburan dunia".
"Jadi ia sangat penting untuk kita bekerjasama secara strategik, untuk menjalin kerjasama dengan institusi-institusi dan industri terbaik di sini dan di luar negara," katanya.
Singapura komited melabur sekitar satu peratus daripada GDP dalam kajian, inovasi, keusahawanan, menurut NRF.
Negara ini memperuntukkan S$28 bilion dalam bidang tersebut pada 2021 hingga 2025, iaitu S$3 bilion lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini.
Dana tambahan disalurkan dariapda tokokan pada pertengahan penggal.
Sepanjang tempoh lima tahun akan datang, Singapura akan mengukuhkan dan memperluas kerjasama dengan para penyelidik dan institusi-institusi terkemuka di seluruh dunia, menurut NRF dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Yayasan itu juga akan menubuhkan Dana Pelengkap Singapura–Horizon Europe bagi menggalakkan kerjasama dengan Horizon Europe, program pembiayaan utama Kesatuan Eropah (EU) untuk kajian dan inovasi.
Dana itu akan menyediakan sokongan kewangan kepada para penyelidik yang berpangkalan di Singapura yang menyertai projek Horizon Europe yang menerima geran dalam "bidang keutamaan" Singapura.

Peruntukan kajian, inovasi dan keusahawanan daripada 2021 hingga 2025 meliputi empat bidang iaitu pengilangan, perdagangan dan ketersambungan; kesihatan dan potensi manusia; huraian bandar dan kemampanan; serta negara bijak dan ekonomi digital.
Ia turut merangkumi kajian akademik, tenaga manusia, serta keperluan inovasi dan keusahawanan.
Pusingan edisi 2026 hingga 2030 akan memberi tumpuan kepada empat bidang yang sama, selain mengukuhkan dan mengembangkan kumpulan bakat Singapura dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai daya transformasi, menurut NRF.
Skim pembiayaan baharu juga akan diperkenalkan bagi membangun dan menarik bakat-bakat muda dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan, tambahnya.
NRF juga akan memperkenalkan anugerah pascadoktoral baharu, yang akan menyokong bakat pascadoktoral berpotensi tinggi dengan geran penyelidikan sebanyak S$250,000 dan sokongan gaji sehingga empat tahun, menurut satu kertas fakta berasingan.
"Ini akan menawarkan peluang menarik keapda bakat muda untuk menceburi penyelidikan bebas di samping membolehkan institusi-institusi untuk menilai kesesuaian mereka bagi peranan dalam fakulti," menurut NRF.
Program-program baharu bagi penyelidik terlatih juga akan dilancarkan bagi membolehkan mereka meraih pengalaman keusahawanan dalam syarikat-syarikat pemula teknologi mendalam (deep tech) di luar negara, ia menambah.
Sebagai contoh, Fellowship Activate Global-Singapore – yang akan memberi sokongan kepada para saintis dan jurutera yang berpangkalan di Singapura dengan inovasi teknologi mendalam di peringkat awal – akan mula menerima permohonan pada 2026.
Memanfaatkan AI sebagai "daya transformasi" dalam masa lima tahun akan datang, Singapura juga merancang untuk membangunkan bakat penyelidikan AI tempatan serta melaksanakan AI bagi memacu penyelidikan dalam keempat-empat bidang tersebut.
Pusingan pembiayaan seterusnya juga akan digunakan untuk membangunkan puncak penyelidikan asas AI, termasuk AI yang bertanggungjawab dan AI baharu, menurut NRF.
TUMPUAN UTAMA
Dari segi menumpukan penyelidikan terhadap industri semikonduktor, NRF menetapkan matlamat untuk menjadikan Singapura sebagai nod penyelidikan dan pembangunan penting secara strategik, mengukuhkan aktiviti pengilangan bernilai tinggi secara tempatan serta mewujudkan laluan baharu bagi syarikat-syarikat pemula teknologi mendalam dan perusahaan tempatan yang berdaya saing di peringkat global.
Singapura kini menyumbang 10 peratus daripada pengeluaran cip global dan 20 peratus daripada pengeluaran peralatan pembuatan semikonduktor global, menurut NRF dalam satu kertas fakta berasingan.
Apabila ditanya mengenai pandangannya tentang kemungkinan wujudnya gelembung AI dan bagaimana projek utama berkenaan mengambil kira risiko tersebut, Encik Lee berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat gelembung AI, sambil menarik perhatian bahawa terdapat pandangan yang bercampur-campur mengenainya.
"Berkenaan gelembung ini anda hanya tahu selepas sesuatu berlaku bahawa ia memang wujud, dan kadangkala selepas itu pun, anda tetap kurang pasti," tambah beliau.
Sama ada terdapat gelembung AI atau tidak, elektronik tetap merupakan bahagian sangat penting dalam ekonomi Singapura dan ekonomi global, kata Encik Lee, yang juga merupakan pengerusi Majlis Kajian, Inovasi dan Keusahawanan.
"Anda perlukan elektronik untuk pelbagai perkara, dan kita adalah pemain signifikan dalam bidang elektronik, pengeluar, semikonduktor. Dan saya rasa kita perlu meningkatkan keupayaan itu, dan apa yang kita lakukan sekarang akan membolehkan kita bergerak ke arah tersebut."
Bagi cabaran-cabaran besar, salah satu daripadanya adalah untuk memaksimumkan jangka hayat yang sihat dan berjaya, menurut NRF.
Penuaan merupakan salah satu cabaran paling mendesak di Singapura, menurut lembaga berkanun itu, sambil menarik perhatian bahawa satu daripada empat rakyat Singapura dijangka berusia 65 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Di Singapura, sekitar separuh penduduk berusia 85 tahun dan ke atas mengalami demensia, dan lebih 150,000 rakyat Singapura dijangka mengalami demensia menjelang 2030.
Selain itu, kelemahan dan gangguan muskuloskeletal menyumbang sekitar 20.7 peratus daripada bilangan tahun hidup dengan ketidakupayaan di Singapura.
Menerusi cabaran besar tersebut, Singapura akan membangunkan dan mengurus portfolio penyelidikan yang bertujuan menangani jurang pengetahuan saintifik utama bagi memaklumkan campur tangan, dengan tumpuan untuk menjaga kesihatan otak dan fungsi fizikal apabila masyarakat menua, kata NRF.

KEMAJUAN SETAKAT INI
Pelaburan Singapura dalam kajian, inovasi dan keusahawanan sepanjang lima tahun lalu menghasilkan ekonomi yang lebih intensif dari segi penyelidikan, di samping pembangunan serta ekosistem deep tech yang semakin berkembang, menurut NRF dalam kenyataan tersebut.
Perbelanjaan perniagaan bagi penyelidikan dan pembangunan meningkat kepada S$8.1 bilion pada 2022 berbanding S$4.2 bilion pada 2012, dengan bilangan penyelidik industri meningkat sebanyak 25 peratus dalam tempoh yang sama.
Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, syarikat-syarikat pemula teknologi mendalam Singapura menarik dana modal teroka berjumlah AS$1 bilion atau lebih setiap tahun, iaitu 20 peratus daripada jumlah pelaburan modal teroka di Singapura, menurut NRF.
Teknologi mendalam (deep tech) merujuk kepada teknologi berasaskan penemuan saintifik atau kejuruteraan yang ketara, seperti inovasi dalam AI, bahan termaju dan bioteknologi.
Secara keseluruhan, pelaburan modal teroka meningkat kepada AS$6.1 bilion pada 2023 berbanding AS$4.1 bilion pada 2020, mencerminkan "potensi komersial yang semakin meningkat" bagi syarikat-syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura, menurut yayasan itu.
Apabila ditanya sama ada Singapura mungkin memperuntukkan lebih banyak jumlah GDP untuk pelaburan dalam kajian, inovasi dan keusahawanan, Encik Heng menarik perhatian bahawa Singapura turut berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada sektor swasta dalam bidang tersebut.
Pemerintah sudah mengadakan "banyak perbincangan" dengan syarikat-syarikat mengenai apa yang mereka perlukan dan apa yang sedang dilakukan penyelidik, untuk lebih memahami keperluan industri, tambahnya.
"Ini merupakan hubungan yang sangat simbiotik antara para penyelidik dan syarikat-syarikat merupakan satu kekuatan, dan oleh itu, apa yang perlu kita usahakan bukan sekadar meningkatkan jumlah pembiayaan ... tetapi menggunakannya dengan sebaiknya untuk menghasilkan impak."
Singapura tidak merancang untuk meningkatkan komitmen satu peratus buat masa ini, tetapi juga tidak "terikat" kepada angka tersebut, kata Encik Lee.
Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan harus dilakukan secara berterusan dan dalam jangka panjang, tegasnya.
"Ia bukan sesuatu yang harus melalui keadaan mewah dan melarat, apabila saya ada lebihan belanjawan yang besar, saya berbelanja lebih pada tahun ini, tetapi tahun depan apabila kewangan ketat, saya terpaksa mengurangkan projek saya," tambah beliau.
Projek penyelidikan mengambil masa bertahun-tahun dan para penyelidik memerlukan keyakinan bahawa pembiayaan mereka tidak akan dipotong secara tiba-tiba hingga menyebabkan kerja mereka selama bertahun-tahun tertunggak, kata Encik Lee.
"Kami telah memutuskan untuk mengekalkan kestabilan pada sekitar satu peratus. Ia bukan kecil, tidak juga berlebihan, tetapi merupakan satu sumbangan yang signifikan."
Dalam perangkaan tersebut, Singapura akan memilih projek-projek yang "bernilai saintifik" dan relevan kepada negara.
Meskipun sebahagian projek mungkin merupakan penyelidikan asas yang lebih luas, ia harus menepati ciri-ciri "sains yang baik" dan "berbaloi" untuk dibiayai, tambah beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.