SG akan kongsi maklumat rahsia mengenai penyerang siber dengan Pemilik Prasarana Maklumat Penting
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan berkongsi maklumat rahsia mengenai penyerang-penyerang siber dengan para pemilik Prasarana Maklumat Penting (CII) termasuk pembekal air dan elektrik.
Demikian menurut Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, K Shanmugam semasa berucap di acara Minggu Siber Antarabangsa Singapura 2025.
Beliau berkata ini merupakan peralihan penting dalam pendekatan pemerintah, sedang ia bergerak melewati pelaksanaan pengawalseliaan.
Encik Shanmugam berkata: "Sehingga kini, berhubung isu-isu maklumat risik rahsia dan keselamatan negara, ia merupakan bidang kuasa eksklusif pemerintah dan kekal dalam ruang eksklusif pemerintah.
"Tetapi kami memutuskan bahawa ekoran ancaman besar ini, adalah perlu untuk kami menganjakkan tahap permainan antara penyerang dengan pertahanan, serta membantu mengubah keadaan demi menentang pelaku-pelaku ancaman."
Beliau menambah, Singapura juga sedang berusaha membina keyakinan antarabangsa dalam ruang siber.
Ini termasuk memperluaskan Program Siber Singapura-UN, yang sudah melatih 140 pegawai keselamatan siber dari 97 negara anggota.
Ia kini akan meliputi ancaman-ancaman sedang muncul seperti AI dan kuantum, serta menjadi tuan rumah perbincangan dalam subjek seperti tingkah laku negara secara bertanggungjawab dalam dunia digital.
"Lebih penting lagi perlu ada iltizam untuk menegakkan peraturan-peraturan dan norma-norma ini. Kita semua akan lebih teruk lagi jika ruang siber menjunam menjadi 'undang-undang rimba', di mana hanya yang kuat ada hak.
"Akibatnya, kita akan melihat banyak manfaat daripada digitalisasi menjadi sebaliknya."

Sumber : CNA/DY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.