Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG akan kitar semula tin aluminium menjadi pingat Kejohanan Akuatik Dunia

Tin-tin aluminium yang kosong akan dikitar semula menjadi pingat untuk para atlet yang bertanding dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura, menurut satu pengumuman pada Isnin (10 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan kitar semula tin aluminium menjadi pingat Kejohanan Akuatik Dunia

Lakaran artis bagi kemudahan sementara Kejohanan Akuatik Dunia. (Gambar: Kejohanan Akuatik Dunia - Singapura 2025)

SINGAPURA: Tin-tin aluminium yang kosong akan dikitar semula menjadi pingat untuk para atlet yang bertanding dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura, menurut satu pengumuman pada Isnin (10 Mac).

Digelarkan sebagai inisiatif 'dari sampah menjadi harta', ia adalah sebahagian daripada matlamat jawatankuasa penganjur Singapura untuk mengadakan sebuah acara "mesra alam" dan menerapkan usaha-usaha mampan sejauh mana yang mampu.

Satu acara pendampingan berhubung inisiatif itu akan diadakan pada Rabu (12 Mac), menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan fakta.

Kejohanan Akuatik Dunia itu akan menampilkan enam acara sukan iaitu renang, polo air, terjun cantik, renang artistik, renang air terbuka dan terjun tinggi. Ia akan diadakan pada 11 Julai hingga 3 Ogos.

Singapura dipilih sebagai tuan rumah acara itu - iaitu negara Asia Tenggara pertama yang menjadi tuan rumah temasya sukan itu - selepas acara dwitahunan itu dialihkan dari bandar Kazan di Rusia, sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Ukraine.

Pulau Sentosa dan Hab Sukan Singapura di Kallang akan menjadi lokasi utama bagi acara pertandingan sukan itu.

Beberapa acara akan diadakan di sebuah kemudahan sementara di tempat letak kereta bersebelahan pusat beli belah Leisure Park Kallang Mall.

Pihak penganjur menyasarkan untuk menyiapkan pembinaan kemudahan itu selewat-lewatnya pada hujung bulan Mei.

Hasil pelancongan daripada Kejohanan Akuatik Dunia dan Kejohanan Akuatik Dunia Masters dijangka mencapai S$60 juta secara keseluruhan, dengan 40,000 pelawat antarabangsa dijangka ke Singapura untuk menyaksikan acara selama sebulan itu.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan