Skip to main content

Singapura

SG akan ketatkan peraturan cegah salah guna kasino untuk biaya pengganasan

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan ketatkan peraturan cegah salah guna kasino untuk biaya pengganasan

(Gambar: iStock/gorodenkoff)

Diterbitkan : 02 Jul 2024 07:29AM
SINGAPURA: Kasino-kasino di Singapura tidak lama lagi akan dikenakan peraturan yang lebih ketat apabila menerima wang tunai sebagai sebahagian daripada langkah terkini untuk membanteras pembiayaan pengganasan.

Pemeriksaan lebih ketat akan dijalankan apabila kasino menerima deposit tunai sebanyak S$4,000 atau lebih ke dalam akaun pelanggan berbanding S$5,000 yang ditetapkan sekarang.

Ini merupakan semakan pertama ke atas ambang tersebut. Ia akan dikuatkuasakan tahun ini, walaupun pihak berkuasa tidak menyatakan bila peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan.

"Ia supaya kasino Singapura dapat membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan dengan lebih baik dan menyelaraskan keperluan kami dengan piawai FATF," menurut Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) pada Isnin (1 Jul).

FATF, Pasukan Bertindak Tindakan Kewangan, ialah badan pemerhati pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan global.

Pada Disember 2023, Resorts World Sentosa didenda S$2.25 juta kerana gagal menjalankan pemeriksaan sedemikian, denda terbesar yang dikenakan oleh GRA ke atas pengendali kasino.

Ambang baharu itu adalah antara langkah-langkah yang dibentangkan dalam kemas kini Strategi Negara bagi Membanteras Pembiayaan Pengganasan, yang diterbitkan bersama pada Isnin oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Laporan yang dikemas kini itu diterbitkan bersama dengan Penilaian Risiko Pembiayaan Pengganasan.

Laporan terbaharu - Penilaian Risiko Pengubahan Wang Haram - menyatakan bahawa penurunan ambang itu sejajar dengan piawai FATF.
 
Sumber : CNA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita