Skip to main content

Singapura

SG akan kawal selia kotak misteri tanpa 'larangan sepenuhnya': Shanmugam

Singapura tidak berhasrat mewajibkan penjual untuk membuka kotak misteri sebelum menjualnya, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
SG akan kawal selia kotak misteri tanpa 'larangan sepenuhnya': Shanmugam

Orang ramai mengunjungi sebuah kedai Pop Mart yang menjual produk "kotak misteri" di sebuah pusat beli-belah di Singapura pada 13 Feb 2026. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 07 May 2026 07:56PM
  • Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam, menyatakan kerajaan tidak akan mewajibkan penjual membuka kotak misteri sebelum dijual.
  • Peraturan baharu sedang dirangka untuk mengurangkan risiko perjudian berkaitan kotak misteri tanpa mengharamkannya sepenuhnya.
  • Kebimbangan masyarakat timbul kerana kotak misteri boleh menyebabkan ketagihan, terutama dengan pertumbuhan pasaran yang pesat di Asia Pasifik.
  • Kementerian akan berkongsi butiran lanjut mengenai peraturan ini sekitar pertengahan 2026 selepas berbincang dengan pihak industri.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Singapura tidak berhasrat mewajibkan penjual untuk membuka kotak misteri sebelum menjualnya, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (7 Mei).

Ini sedang peraturan mengenai produk itu dilakarkan bagi menangani risiko berkaitan perjudian.

Dalam respons bertulis kepada soalan parlimen dari Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Kenneth Tiong, Encik Shanmugam berkata peraturan itu bertujuan "mengurangkan risiko dorongan perjudian kotak misteri" berbanding mengenakan langkah-langkah bagi mengharamkannya.

Encik Tiong juga ingin tahu sama ada penjual di bawah peraturan yang diusulkan, perlu membuka bungkusan secara berasingan.

"Kami tidak berhasrat mewajibkan penjual kotak misteri ... untuk membuka kotak-kotak yang dibungkus dan menjual kandungannya secara berasingan. Ini akan membawa kepada pengharaman kotak misteri," kata Encik Shanmugam.

Kotak misteri merujuk kepada bungkusan yang biasanya mengandungi mainan atau patung, yang tidak diketahui kandungannya sebelum ia dibeli dan dibuka.

Menurut ramalan oleh pengkaji pasaran, pasaran global bagi permainan kotak misteri akan meningkat pada kadar tahunan 6.5 peratus dari 2025 hingga 2033.

Rantau Asia Pasifik juga bakal menyaksikan peningkatan lebih pantas.

Namun dengan lebih banyak jenama menyertai trend kotak misteri, kumpulan masyarakat meluahkan kebimbangan mengenai produk-produk sedemikian dinormalisasikan dan sifatnya yang boleh menyebabkan ketagihan.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum ini menyatakan ia akan berkongsi lebih butiran mengenai peraturan kotak misteri pada sekitar pertengahan 2026.

Encik Shanmugam berkata pada Khamis bahawa pemerintah sedang berbincang dengan pihak berkepentingan industri mengenai peraturan kotak misteri.

"Sebarang langkah keselamatan yang diusulkan harus seimbang dengan risiko dorongan perjudian produk tersebut," katanya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita