SG ada Perdana Menteri baharu hari ini
Singapura akan membuka lembaran baharu dalam sejarahnya pada Rabu (15 Mei).
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Singapura akan membuka lembaran baharu dalam sejarahnya pada Rabu (15 Mei).
Encik Lawrence Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Singapura pada malam nanti.
Beliau menggantikan Encik Lee Hsien Loong yang meletak jawatan setelah menyandang jawatan itu selama 20 tahun.
Bakal Perdana Menteri keempat Singapura itu mendapat pujian meluas dalam cara beliau mengendalikan krisis COVID-19, semasa mengetuai pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani pandemik itu.
Kelmarin, Encik Wong mengumumkan barisan menterinya yang menurut beliau mengimbangi antara keperluan memastikan kesinambungan dan kestabilan dengan pembaharuan.
Upacara angkat sumpah jawatan Encik Wong dan barisan menterinya akan berlangsung di Istana pada pukul 8.00 malam ini.
Ia disiarkan secara langsung di saluran-saluran Mediacorp, termasuk SURIA dan meWatch.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.