Skip to main content

Singapura

SFA tarik balik udang karang, kekapis jualan Song Fish Dealer

Penarikan balik itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik udang karang, kekapis jualan Song Fish Dealer

Udang karang dan kekapis setengah cangkerang oleh Song Fish Dealer. (Gambar: Laman The Seafood Market Place By Song Fish)

SINGAPURA: Song Fish Dealer diarahkan pada Khamis (30 Jun) supaya menarik balik udang karang dan kekapis separuh cangkerangnya selepas ia didapati mengandungi kadmium pada paras yang melebihi had yang ditetapkan mengikut peraturan makanan Singapura.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa penarikan balik itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

"Logam seperti raksa (merkuri), plumbum, arsenik dan kadmium memang wujud secara semula jadi dalam persekitaran kita dan boleh masuk ke dalam makanan kita apabila haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kita makan terkena air, tanah dan dasar laut," menurut SFA.

"Hidupan laut bercangkerang khususnya yang tumbuh di dasar laut boleh mengumpul logam yang sudah tenggelam. Berdasarkan paras yang dikesan, pengambilan sekali saja bagi produk-produk terjejas itu tidak mungkin menimbulkan keprihatinan terhadap keselamatan makanan.

"Bagaimanapun, pengambilan paras tinggi kadmium dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, penghakisan mineral tulang dan meningkatkan risiko barah pada paru-paru, endometrium, pundi kencing dan buah dada."

Produk-produknya adalah:

'Crayfish Large Cut'

Tarikh guna sebelum 4 Feb 2023, dari Indonesia

'Crayfish Medium Cut'

Tarikh guna sebelum 7 Mei 2023, dari Indonesia

'Half Shell Scallop'

Tarikh guna sebelum 12 Ogos 2023, dari China

Usaha menarik balik produk itu sedang dijalankan.

Para pengguna boleh menghubungi kedai di mana produk tersebut dibeli bagi sebarang pertanyaan.

Sesiapa saja yang sudah memakan produk-produk terjejas itu dan prihatin terhadap kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita