Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik sos ABC, biskut wafer Fukutoku Seika kandungi alergen tidak diisytihar

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Selasa (6 Sep) ia sudahpun mengarahkan supaya dua jenis sos dari Indonesia serta sejenis biskut dari Jepun ditarik balik. Ini kerana produk-produk makanan itu dikesan mengandungi alergen yang tidak diisytiharkan.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik sos ABC, biskut wafer Fukutoku Seika kandungi alergen tidak diisytihar

Agensi Makanan Singapura mengarahkan supaya tiga produk tertera di atas ditarik balik kerana mengandungi alergen yang tidak diisytiharkan. (Gambar: SFA)

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Selasa (6 Sep) ia sudahpun mengarahkan supaya dua jenis sos dari Indonesia serta sejenis biskut dari Jepun ditarik balik. Ini kerana produk-produk makanan itu dikesan mengandungi alergen yang tidak diisytiharkan.

Dalam kenyataan medianya, SFA menyatakan sulfur dioksida - sejenis pengawet - dikesan dalam ABC Sweet Soy Sauce dan ABC Sambal Ayam Goreng Sauce dari Indonesia.

Selain itu, ABC Sambal Ayam Goreng Sauce juga mengandungi asid benzoik yang tidak diisytiharkan pada label bungkusan makanan itu.

ABC Sweet Soy Sauce terjejas mempunyai tarikh luput 26 Jun 2024 manakala bagi botol sos ABC Sambal Ayam Goreng Sauce, tarikh luputnya adalah 6 Januari 2024.

SFA menarik perhatian tahap sulfur dioksida dan asid benzoik yang dikesan pada kedua-dua produk itu "melebihi paras maksimum yang dibenarkan dalam sos".

Bagi biskut wafer Fukutoku Seika dari Jepun, SFA menyatakan ia mengandungi putih telur dan tepung gandum yang tidak diisytiharkan. Biskut wafer terjejas itu mempunyai tarikh luput 20 April 2023.

SFA sudahpun mengarahkan pengimport kesemua produk makanan tersebut agar menarik balik produk-produk itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Agensi makanan itu juga memberi amaran bahawa alergen dalam produk makanan boleh menyebabkan reaksi alahan kepada individu yang sensitif terhadapnya.

“Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diketahui boleh menyebabkan hipersensitiviti mesti diistytiharkan pada label bungkusan makanan bagi melindungi kesihatan awam." terang SFA.

SFA menyatakan kehadiran alergen-alergen sulfur dioksida, putih telur dan tepung gandum secara amnya tidak mendatangkan masalah keselamatan makanan kepada pengguna, kecuali bagi mereka yang alah terhadapnya.

Bagi asid benzoik, SFA sebelum ini menyatakan kajian ke atas haiwan yang diberi dos tinggi bahan tambahan makanan menunjukkan gangguan pada sistem saraf pusat serta perubahan pada otaknya.

Sesiapa yang sudahpun membeli produk-produk terjejas itu dan alah kepada alergen tersebut harus berhenti mengambilnya. Pengguna juga boleh menghubungi kedai pembelian mereka jika ada sebarang pertayaan, menurut SFA.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan