Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik produk makanan kandungi bahan pengawet berlebihan

Pes 'gan xiang', kuning telur asin dan sos 'moo-mite' keluaran Feng He Garden dari Malaysia diarah ditarik balik oleh SFA.

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik produk makanan kandungi bahan pengawet berlebihan

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 06 Nov 2021 08:25PM Dikemas Kini : 06 Nov 2021 08:34PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Sabtu (6 Nov) mengeluarkan arahan menarik balik tiga jenis pes dan sos masakan selepas didapati mengandungi bahan pengawet melebihi paras yang dibenarkan.

Produk-produk itu, "pes gan xiang", "sos moo-mite" dan "pes kuning telur asin" jenama Feng He Garden berasal dari Malaysia, kata SFA dalam satu kenyataan media.

Bahan pengawet yang digunakan juga tidak diisytiharkan pada label bungkusan makanan.

"SFA telah mengarahkan pengimport, Feng He Garden Pte Ltd, untuk menarik balik semua produk yang terlibat," tambah agensi itu.

(Gambar: SFA)

(Gambar: SFA)

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, bahan-bahan seperti pengawet makanan mesti diisytiharkan pada label bungkusan makanan.

“Hanya pengawet makanan yang diluluskan boleh digunakan dalam produk makanan yang diimport atau dihasilkan untuk dijual di Singapura, dan ini tidak boleh melebihi paras maksimum yang dibenarkan,” kata SFA.

Pengguna boleh menghubungi tempat di mana mereka membeli produk itu untuk sebarang pertanyaan, tambahnya. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan