Skip to main content

Singapura

SFA tarik balik produk Chang Ling Peanut dari China

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik produk Chang Ling Peanut dari China

Produk kacang tanah, Chang Ling Peanut dari China. (Gambar: SFA)

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan arahan menarik balik produk kacang tanah, Chang Ling Peanut dari China.

Ini selepas asid siklamat dikesan dalam produk itu, kata SFA dalam satu kenyataan media pada Ahad (26 Feb).

Siklamat merupakan sejenis bahan makanan tambahan yang dibenarkan untuk digunakan sebagai pemanis tiruan dalam produk makanan tertentu di bawah Peraturan Makanan Singapura.

Bagaimanapun, penggunaan siklamat dalam kacang tanah tidak dibenarkan.

Walaupun tiada risiko kesihatan segera akibat memakan kacang tanah dalam jumlah bahan siklamat yang dikesan, pengambilan siklamat secara berlebihan dan berterusan harus dielakkan.

SFA sudah pun mengarahkan syarikat pengimport produk itu, Yan Tai Yit Pte Ltd supaya menarik balik produk berkenaan dan ia masih dilakukan.

Pengguna yang merasa tidak sihat setelah memakan produk tersebut, harus mendapatkan rawatan perubatan, tambah SFA.

Kenyataan itu juga berkata, pengguna boleh menghubungi tempat di mana mereka membeli produk itu untuk sebarang pertanyaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita