Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik penggantungan operasi kesemua 9 pengilang kuih

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik penggantungan operasi kesemua sembilan pengilang kuih yang operasinya digantung bulan lalu kerana menggunakan bahan tambahan makanan secara salah. 

Pengilang berkenaan menyerahkan hasil ujian yang menunjukkan bahawa pengilangan produknya bebas asid benzoik atau asid sorbik, menurut SFA pada Rabu (3 Ogos), sambil menambah bahawa ujian tersebut dijalankan oleh "makmal pihak ketiga yang bertauliah". 

"Berdasarkan hasil ujian yang diberikan, SFA menarik balik penggantungan operasi kesemua pengilang-pengilang kuih ini kerana langkah-langkah yang mencukupi sudah dilaksanakan, dengan mematuhi Peraturan Makanan Singapura." 

SFA dalam kenyataan medianya pada Selasa (2 Ogos) menyatakan ia juga akan menarik balik penggantungan empat lagi pengilang kuih, iaitu Thomson Foodstuff Manufacturing, Delight Baker, AMK Nonya Kueh dan Lim Food Industries. 

Dalam kemas kininya pada Rabu (3 Ogos), SFA mendedahkan bahawa operasi empat lagi pengilang kuih tidak akan digantung. Mereka adalah Chit Guan Foodstuff, Sin Hwa Coconuts Industrial, Tongli Food Manufacturing dan Toh Chuan Kee Foodstuff. 

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, penggunaan asid benzoik atau asid sorbik tidak dibenarkan dalam produk-produk kuih - selain isi kuih dan tidak boleh melebihi had maksimum yang dibenarkan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan