Skip to main content

Singapura

SFA tarik balik penggantungan operasi 4 pengilang kuih

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penggantungan operasi empat lagi pengilang kuih ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas hasil ujian yang dijalankan pihak ketiga menunjukkan bahawa produk-produk pengeluarannya bebas asid benzoik atau asid sorbik.

Pengilang-pengilang kuih berkenaan menyerahkan keputusan menyusuli ujian yang dijalankan oleh makmal pihak ketiga yang bertauliah, menurut SFA pada Selasa (2 Ogos).

Berdasarkan hasil ujian yang diberikan, SFA menyatakan ia sudah menarik balik penggantungan operasi ke atas empat pengilang kuih kerana langkah-langkah yang mencukupi sudahpun dilaksanakan, dengan mematuhi Peraturan Makanan Singapura.

Pengilang kuih berkenaan ialah Thomson Foodstuff Manufacturing, Delight Baker, AMK Nonya Kueh dan Lim Food Industries.

Penggantungan operasi Tiong Bahru Tian Bo Shui Kueh, yang juga dikenali sebagai Jian Bo Tiong Bahru Shui Kueh, juga sudahpun ditarik balik pada minggu lalu.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita