SFA tarik balik kudapan yogurt kerana risiko tercekik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi Makanan Singapura)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan snek yogurt kering ditarik balik kerana boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik.
"SFA dimaklumkan oleh Keselamatan Makanan New Zealand tentang usaha menarik balik produk 'Greek Style Yoghurt Drops & Whole Blueberries' Kiwigarden di peringkat pengguna disebabkan saiz kepingan beri biru yang boleh menyebabkan bayi bawah 18 bulan tercekik," menurut SFA pada Selasa (1 Ogos).
Kudapan yogurt itu dikhususkan bagi bayi bawah 18 bulan.
Menurut kenyataan media Keselamatan Makanan New Zealand pada Isnin (31 Jul), seorang kanak-kanak dilaporkan tercekik akibat snek itu.
"Kami difahamkan kanak-kanak itu sudah sembuh dan Kiwigarden sedang menarik balik beberapa kumpulan produk tertentu yang terjejas untuk menghalang insiden tercekik daripada berulang," tambah kenyataan media itu.
Di Singapura, SFA sudah mengarahkan pengimport, Cold Storage Singapore dan Optimo Foods, untuk menarik balik produk tersebut.
Kumpulan produk yang terjejas mempunyai tarikh luput tersebut:

- 23 Mac 2025
- 3 April 2025
- 17 April 2025
Dalam insiden berasingan, satu lagi arahan dibuat untuk menarik balik produk 'Palm Seed Buah Kabong (500g)', selepas SFA mengesan sulfur dioksida, alergen yang tidak diisytiharkan.
Peraturan keselamatan makanan Singapura menyatakan bahawa produk makanan mengandungi bahan-bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti harus diisytiharkan pada label bungkusan makanan."
Pengilang Singapura, Jia Jia Wang Trading, sedang menjalankan operasi menarik balik produk benih sawit itu, yang mempunyai tarikh luput 28 Disember 2023.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.