Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik kek pisang dari M'sia berhubung paras bahan pengawet berlebihan

Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (1 Jul) mengarahkan supaya kek pisang Goods ditarik balik selepas ia didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu.

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik kek pisang dari M'sia berhubung paras bahan pengawet berlebihan

Kek pisang Goods ditarik balik. (Gambar: SFA)

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (1 Jul) mengarahkan supaya kek pisang Goods ditarik balik selepas ia didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu.

Agensi tersebut menjelaskan ia mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek itu, pada paras yang melebihi had maksimum bagi bahan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Usaha menarik balik itu adalah sebagai langkah berwaspada dan sedang dijalankan, menurut SFA dalam kenyataan medianya.

Kek tersebut, yang diimport oleh Goods Huat Hee Marketing, mempunyai tarikh guna sebelum 30 Ogos 2022. Negara asal produk itu adalah Malaysia.

"Asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan, yang digunakan bagi tujuan mengawet," jelas agensi itu, sambil menambah pengambilan produk terjejas itu tidak mungkin memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan disebabkan paras toksik yang rendah.

Mereka yang sudah memakan produk terjejas itu dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Para pengguna juga boleh menghubungi kedai di mana mereka membelinya bagi sebarang pertanyaan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan