SFA tarik balik Happy Family Oatmeal Cookies dari Malaysia kerana tidak isytihar bahan susu
Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan produk biskut Happy Family Oatmeal Cookies (200g) supaya ditarik balik kerana mengandungi bahan susu yang tidak diisytiharkan pada label pembungkusan makanan tersebut.
Produk biskut Happy Family Oatmeal Cookies ditarik balik kerana mengandungi bahan susu yang tidak diisytiharkan pada label pembungkusan makanan. (Gambar: Agensi Makanan Singapura)
Memandangkan susu adalah bahan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport produk tersebut, C M M Marketing Management Pte Ltd supaya menarik balik produk itu.
Langkah menarik balik produk itu sedang dijalankan, dedah SFA dalam kenyataan media pada Jumaat (28 Feb).
Bahan alahan dalam makanan boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya.
Susu tidak menimbulkan sebarang isu keselamatan makanan kepada para pengguna secara am, kecuali mereka yang mengalami alahan terhadap susu.
SFA menasihatkan pengguna yang telah membeli produk terjejas, dan mempunyai alahan kepada susu, agar tidak memakannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.