SFA tarik balik Cocobella Coconut Yoghurt kerana tidak isytihar bahan susu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa produk Cocobella Coconut Yoghurt ditarik balik di Singapura kerana mengandungi bahan susu yang tidak diisytiharkan.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Sabtu (23 Ogos) bahawa pihaknya mengarahkan pengimport, Made Brands, supaya menarik balik produk-produk yang terjejas.
Ia melibatkan produk-produk yogurt pelbagai perisa dengan berat 150 gram dan 500 gram, dengan tarikh luput antara 22 Ogos dengan 5 Oktober.
Langkah itu diambil selepas Food Standards Australia New Zealand mengeluarkan notis tarik balik produk itu pada awal minggu ini.
"Susu tidak menimbulkan sebarang isu keselamatan makanan kepada para pengguna secara amnya, kecuali mereka yang mempunyai alahan kepada susu," menurut SFA.
"Para pelanggan yang membeli produk terjejas, dan mengalami alahan kepada susu, tidak harus mengambilnya.
"Mereka yang mengalami alahan kepada susu dan sudah pun makan produk yang terjejas harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka berasa prihatin tentang kesihatan mereka."
Para pengguna boleh menghubungi peruncit di mana mereka membeli produk tersebut jika mereka mempunyai sebarang soalan.
"Bahan alahan dalam makanan boleh mencetuskan tindak balas alergi dalam individu yang sensitif terhadapnya," menurut SFA.
Di bawah peraturan makanan Singapura, produk-produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diketahui boleh mencetuskan hipersensitiviti harus diisytiharkan pada label bungkusan makanan untuk melindungi para pengguna dari alahan makanan.
Syarikat Cocobella yang berpangkalan di Australia menyatakan di laman webnya bahawa isu itu tidak menjejaskan produk air kelapanya iaitu Cocobella Coconut Water.
Ia bagaimana menarik balik semua kudapan yogurtnya dengan perisa kelapa selepas selepas mengesan bahan alahan susu dalam beberapa produk berkenaan.
"Walaupun sebahagian besar produk diuji negatif bagi bahan alahan, langkah penarikan balik secara meluas dapat memastikan keselamatan awam sementara Cocobella meneruskan siasatan menyeluruh terhadap punca isu itu," kata Cocobella.
Ia turut memohon maaf atas "sebarang kesan terhadap kesihatan, kebimbangan dan kesulitan" yang dialami para pelanggan.
"Kami berazam untuk memahami bagaimana bahan alahan ini boleh ada dalam produk kami supaya kami dapat memastikan kejadian ini tidak berulang," kata Cocobella.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.