Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik aiskrim kandungi racun perosak

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (23 Feb) menarik balik aiskrim Delissimo Saveur Creme Brulee disebabkan ia mengandungi etilena oksida. 

Etilena oxsida ialah sejenis racun perosak yang tidak diluluskan untuk digunakan dalam makanan, menurut SFA dalam satu kenyataan media.

Langkah itu diambil selepas Sistem Amaran Pantas Suruhanjaya Eropah mengeluarkan pemberitahuan untuk menarik balik produk tersebut yang dihasilkan di Perancis. 

Memandangkan produk-produk yang tercemar itu sudah diimport ke Singapura, SFA mengeluarkan arahan kepada syarikat import Le Petit Depot untuk menarik balik produk tersebut. 

Proses menarik balik aiskrim tersebut sedang dijalankan. 

Meskipun tiada risiko segera jika memakan produk yang sudah dicemari jumlah etilena oksida yang rendah, pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan masalah kesihatan, menurut SFA. 

"Lantaran itu, pendedahan kepada bahan ini harus dikurangkan sebanyak mungkin," tambah SFA. 

Mereka yang sudah membeli aiskrim itu tidak harus memakannya, menurut SFA. 

"Mereka yang sudah memakan produk terbabit dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Pengguna juga boleh menghubungi tempat mereka membeli produk itu bagi sebarang pertanyaan. 

Maklumat produk terbabit: 

Kod EAN: 3292590309152
Lot: 0195, 0269
DDM: Jan 2022, Mac 2022

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan