SFA siasat video paparkan tikus terbaring atas dulang makanan di Tangs Market
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Xiaohongshu/Loric)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Isnin (27 Nov) bahawa ia sedang menyiasat video yang memaparkan seekor tikus terbaring di atas dulang makanan.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat makanan di Orchard Road.
Dalam video yang sedang tular itu, tikus tersebut sedang terbaring mereng di atas dulang makanan, di Tangs Market.
Ia adalah jenama pusat makanan di bawah Fei Siong Group.
Makanan di atas dulang tersebut kelihatan tidak dimakan.
Tidak lama kemudian, tikus tersebut menggerakkan kakinya, yang menarik perhatian para pelanggan di pusat makanan itu.
Ia tidak jelas bila video itu dirakam.
Dalam respons kepada soalan Mediacorp pada Isnin malam, SFA menyatakan ia sedang menyiasat perkara tersebut.
"Keselamatan makanan adalah tangunggjawab bersama. Walaupun SFA menetapkan dan menguat kuasakan langkah-langkah pengawalseliaan, pengendali makanan harus memainkan peranan mereka dengan mematuhi kebersihan makanan dan proses menyediakan makanan yang baik," tulis agensi itu.
"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak bertanggungjawab."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.