SFA rampas hampir 7 tan makanan diimport secara haram, termasuk ulat sutera dan cengkerik
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Makanan Singapura
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) merampas sekitar 6.8 tan makanan yang diimport secara haram dari Thailand dan Myanmar, dalam beberapa serbuan yang dijalankan di merata tempat antara 11 hingga 13 Mei.
Antara makanan yang dirampas termasuk daging mentah dan yang sudah diproses serta produk serangga.
Demikian menurut SFA pada Rabu (17 Mac).
Dalam salah satu serbuan tersebut, para pegawai SFA menemui jumlah besar daging lembu, kambing, babi, ayam dan ayam serta darah babi dan ulat sutera dalam sebuah kenderaan dekat sebuah bangunan perindustrian di Mandai Link.
Menurut SFA, kesemua produk makanan berkenaan diimport secara haram dari Thailand tanpa lesen yang sah.
Dua penduduk tetap juga ditemui mengendalikan tempat menyimpan makanan beku tidak berlesen dengan tiga peti sejuk beku di dalam sebuah gedung di bangunan perindustrian tersebut.
Sebanyak sembilan kedai runcit makanan di Textile Centre dan Peninsula Plaza turut diserbu oleh SFA.
“Pegawai SFA mengesan penjualan daging diproses dan mentah yang diimport secara haram serta produk serangga dari Thailand dan Myanmar di lapan tempat itu,” kata agensi tersebut.
"Ini termasuk daging itik, babi, kambing dan cengkerik. Tiga daripada kedai runcit makanan itu juga didapati beroperasi tanpa lesen yang sah."
SFA sedang menjalankan siasatan lanjut.
Produk makanan yang diimport secara haram dari sumber-sumber tidak diketahui membawa risiko kepada keselamatan makanan, dan makanan yang diimport ke Singapura mesti memenuhi syarat-syaratnya.
"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen dan setiap bekalan perlu diisytiharkan dan disertakan permit import yang sah," menurut agensi tersebut.
Di Singapura, semua tempat makanan dan penyimpanan produk daging dan makanan laut harus mempunyai lesen dan dikehendaki mematuhi piawaian dan syarat keselamatan makanan, tambah agensi tersebut.
Mereka yang didapati mengimport produk daging atau makanan laut tanpa permit yang sah bagi tujuan dijual boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara tidka lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara tidka lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang mengendalikantempat makanan tanpa lesen yang sah boleh didenda sehingga S$10,000.
Pesalah berulang pula boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang menyimpan daging atau produk makanan laut di sesebuah kemudahan tidak berlesen boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.