Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA rampas 300kg makanan diimport secara haram termasuk kumbang, siput

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 300 kilogram makanan yang diimport dari Thailand secara haram, termasuk kumbang dan siput, dirampas setelah Agensi Makanan Singapura (SFA) menjalankan serbuan di lima kedai makan.

Kedai makan tersebut terletak di City Gate dan Golden Mile Tower.

"Pegawai SFA mengesan penjualan daging diproses dan mentah yang diimport secara haram, serta produk serangga dari Thailand di empat kedai makanan," tulis SFA dalam kenyataan media dikeluarkan pada Rabu (9 Okt).

"Ini termasuk daging ayam, lembu, babi dan serangga, seperti kumbang dan siput."

Dua kedai terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah, tambah SFA.

Serbuan itu berlaku pada 24 September dan SFA sedang menjalankan siasatan lanjut.

Di Singapura, makanan hanya boleh diimport oleh pengimport yang mempunyai lesen sah. Setiap barang yang diimport perlu diisytiharkan dan mempunyai permit import yang sah.

"Daging dan produk berkaitan hanya boleh diimport daripada sumber bertauliah di negara yang diluluskan dan mematuhi syarat keselamatan makanan Singapura," tambah SFA.

Setiap kedai makan perlu memiliki lesen dan dikehendaki untuk memenuhi syarat dan standard keselamatan makanan SFA.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan