Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA mohon maklum balas ternak ikan di Pulau Jong, Pulau Bukom & Pulau Satumu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang meneroka kemungkinan menternak ikan komersil dekat perairan tiga pulau di bahagian selatan Singapura bagi memastikan keselamatan makanan.

Ia juga sedang mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap laporan mengenai kesan alam sekitar pada rancangan itu.

Perairan berhampiran ketiga-tiga pulau — Pulau Jong, Pulau Bukom dan Pulau Satumu — menempatkan pelbagai terumbu karang dan spesies marin terancam, seperti kerang gergasi, menurut laporan dan ahli pakar yang ditemui Mediacorp.

Sebarang maklum balas relevan yang diterima, yang dijadual berakhir pada 1 Jun, akan dipertimbangkan sebelum SFA mendapatkan "kelulusan muktamad daripada Pemerintah", menurut notis dalam Warta Pemerintah pada 5 Mei.

SFA, yang bertanggungjawab meluluskan lesen dan mengawal selia ladang-ladang di Singapura, mengumumkan sebelum ini pada Mac bahawa ia juga akan membuka lebih banyak ruang di laut, khususnya perairan di bahagian selatan negara dan Selat Johor Timur untuk menghasilkan makanan.

Sungguhpun demikian, ia tidak pula menyatakan lokasi-lokasinya ketika itu.

Notis berkenaan turut mendedahkan bahawa SFA menyediakan salinan fizikal laporan tersebut yang boleh dilihat di pejabatnya di Menara Pejabat Jem di Jurong.

Loji penapisan minyak Shell Eastern Petroleum yang terbesar di rantau ini ditempatkan di Pulau Bukom, manakala Pulau Satumu terletak berhampiran dua pulau yang digunakan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk latihan menembak menggunakan peluru hidup.

Pulau Jong pula terletak berhampiran pulau pelupusan sampah Semakau.

Kajian tersebut dijalankan oleh SFA antara September 2020 dengan Oktober tahun lalu untuk menentukan kesesuaian akuakultur di perairan ketiga-tiga pulau berkenaan, di samping menangani sebarang keprihatinan terhadap kesannya pada alam sekitar.

Kajian itu mendapati bahawa tapak-tapak yang dicadangkan itu tidak akan menjejas habitat kehidupan laut, seperti batu karang atau rumput laut dan ia sesuai untuk ternakan ikan.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan