Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA lancar tender bercucuk tanam di bumbung tempat letak kereta HDB

Sembilan bumbung tempat letak kereta akan disewakan untuk kegiatan pertanian selama tiga tahun di bawah sebuah tender awam yang dilancarkan hari ini (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
SFA lancar tender bercucuk tanam di bumbung tempat letak kereta HDB

(Gambar: Facebook/Citiponics)

Diterbitkan : 12 May 2020 05:42PM Dikemas Kini : 12 May 2020 05:44PM

SINGAPURA: Sembilan bumbung tempat letak kereta akan disewakan untuk kegiatan pertanian selama tiga tahun di bawah sebuah tender awam yang dilancarkan hari ini (12 Mei).

Ia adalah kumpulan pertama tapak-tapak bumbung yang akan digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan hasil pertanian lain menyusuli pengumuman Singapura pada April lalu bahawa ia akan mempercepatkan penghasilan makanan bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan.

Tapak-tapak itu terletak di merata Singapura seperti di Choa Chu Kang, Hougang dan Ang Mo Kio.

Ia berukuran antara 1,800 hingga lebih 3,300 meter persegi.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan lima bumbung akan ditawarkan sebagai tapak-tapak tunggal bagi menyediakan peluang untuk mencuba idea-idea berkebun yang inovatif.

Selain itu, terdapat dua kelompok tapak, setiap satu terdiri daripada dua bumbung di kawasan yang sama dan ia membolehkan kebun-kebun untuk meningkatkan daya penghasilan dan mengurangkan kos.

Tender ditutup pada 9 Jun 2020.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan