Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA lancar tender 7 tapak pertanian bandar di bumbung tempat letak kenderaan HDB

 Lagi tujuh tapak di bumbung tempat letak kenderaan bertingkat dilancarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (23 Feb) bagi penyewaan melalui tender awam.

Anggaran Waktu Membaca:
SFA lancar tender 7 tapak pertanian bandar di bumbung tempat letak kenderaan HDB

(Gambar fail: Facebook/Citiponics)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 10:39PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 10:45AM

SINGAPURA: Lagi tujuh tapak di bumbung tempat letak kenderaan bertingkat dilancarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (23 Feb) bagi penyewaan melalui tender awam.

"Tapak-tapak itu akan digunakan untuk menanam sayur-sayuran, tanaman makanan serta bagi tujuan-tujuan berkaitan lain, seperti pembungkusan/penyimpanan hasil tanaman," menurut SFA dan HDB dalam satu kenyataan media bersama.

Ini menyusuli pelancaran tender pertama bagi tapak atas bumbung tempat letak kenderaan HDB bertingkat tahun lalu, dengan SFA menganugerahkan sembilan tapak untuk pertanian bandar pada September 2020.

Sebuah tapak seluas 2,096 meter persegi di Jurong West adalah antara tujuh lokasi yang ditawarkan, menyediakan "peluang-peluang untuk menguji cuba idea-idea inovatif".

Enam tapak lain ditawarkan sebagai kelompok-kelompok di Bukit Panjang, Sembawang dan Woodlands, dengan setiap kelompok menawarkan dua tapak. Kelompok-kelompok itu "akan membolehkan kebun-kebun untuk meraih penjimatan menerusi pengeluaran berskala," menurut HDB dan SFA.

Pemohon tender mesti menghantar saranan-saranan mereka menerusi portal pemerolehan elektronik Pemerintah GeBiz selewat-lewatnya 4.00 petang pada 23 Mac.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan