Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA gantung operasi pengendali makanan yang proses kerang, simpan produk makanan secara haram

Sebuah pengendali makanan diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produknya, setelah didapati memproses kerang dan menyimpan produk daging serta makanan laut di premisnya secara haram.

Anggaran Waktu Membaca:
SFA gantung operasi pengendali makanan yang proses kerang, simpan produk makanan secara haram

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 27 Aug 2021 08:01PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 08:06PM

SINGAPURA: Sebuah pengendali makanan diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produknya, setelah didapati memproses kerang dan menyimpan produk daging serta makanan laut di premisnya secara haram.

Menurut kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (27 Ogos), pihaknya sedang menyiasat kes itu setelah pegawai mendapat tahu tentang operasi di Woodlands Loop pada Rabu (24 Ogos).

Selain memproses kerang tanpa lesen, premis itu juga digunakan sebagai stor sejuk untuk produk daging dan makanan laut, tambahnya.

Agensi itu merampas 1,040 kilogram (kg) kerang yang diproses secara haram dan 6,160 kg makanan laut dan produk daging.

"SFA sudah mengeluarkan arahan agar produk kerang, makanan laut dan daging dari operator tersebut digantung pemprosesannya, penjualan serta pengedaran," menurut pihak berkuasa.

"Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil terhadap operator premis yang tidak berlesen kerana memproses makanan tanpa lesen dan menyimpan daging serta produk makanan laut secara haram."

Ia juga mengingatkan pengendali makanan agar mendapatkan lesen perniagaan makanan yang sah untuk membekalkan makanan kepada perniagaan lain.

"Pemprosesan makanan dan penyimpanan daging serta makanan laut di premis tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan," tegas SFA.

Pihak yang melakukan pemprosesan makanan laut dan/atau penyimpanan daging dan makanan laut di premis tidak berlesen boleh dikenakan denda hingga S$10,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan