Skip to main content

Singapura

SFA gantung lesen Abu Mubarak Mandi Rice di Tampines selama 2 minggu selepas beberapa kesalahan dikesan

Anggaran Waktu Membaca:
SFA gantung lesen Abu Mubarak Mandi Rice di Tampines selama 2 minggu selepas beberapa kesalahan dikesan

Gambar: Abu Mubarak Mandi Rice/Facebook

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung operasi kedai makan Abu Mubarak Mandi Rice.

Ini selepas ia dikenakan 12 mata demerit sepanjang tempoh setahun atas kesalahan menjual makanan yang tidak bersih dan gagal memastikan premisnya bebas daripada lipas.

Demikian menurut kenyataan SFA di lamannya.

Di bawah sistem mata demerit SFA, pemegang lesen yang mengumpul 12 atau lebih mata demerit sepanjang tempoh 12 bulan mungkin akan digantung lesen mereka bagi tempoh dua atau empat minggu, atau dibatalkan, menurut SFA.

Penggantungan operasi kedai makan tersebut, yang terletak di Bangunan Income di Tampines Junction, berkuat kuasa selama dua minggu dari 3 sehingga 16 September.

Semua pengendali makanan dan pegawai kebersihan yang bekerja di premis yang digantung itu dikehendaki mengikuti semula dan lulus kursus keselamatan makanan sebelum mereka dibenarkan untuk menyambung semula tugas mereka.

“SFA memandang serius terhadap kesalahan ini, dan mengingatkan para pengendali perniagaan makanan supaya mematuhi amalan-amalan makanan dan kebersihan diri pada setiap masa,” tegas agensi itu.

“Ini termasuk melibatkan hanya pengendali makanan berdaftar, dan memastikan premis berlesen diselenggara dengan baik.

Orang ramai yang terjumpa mana-mana operasi makanan yang berpotensi melakukan kesalahan dinasihatkan supaya melaporkannya kepada SFA melalui borang maklum balas onlinenya.

Menurut SFA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita