SFA arah tarik balik kupang dari Perancis ekoran 'kehadiran novovirus'
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Sabtu (11 Jan) bahawa pihaknya sudah mengarahkan syarikat penyedia makanan, Classic Fine Foods, supaya menarik balik kupang hidup jenis Bouchot dari Perancis.
(Gambar: SFA)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Sabtu (11 Jan) bahawa pihaknya sudah mengarahkan syarikat penyedia makanan, Classic Fine Foods, supaya menarik balik kupang hidup jenis Bouchot dari Perancis.
Dalam satu kenyataan media, SFA menyatakan bahawa Sistem Makluman Pantas Suruhanjaya Eropah bagi Makanan dan Makanan Haiwan mengeluarkan arahan ditarik balik kerang hidup dari Baie Du Mont-Saint-Michel Aop di Perancis "kerana kehadiran novovirus".
Beberapa kelompok produk itu diimport ke Singapura, menurut agensi itu, yang menambah bahawa pengimport - Classic Fine Foods - sudah diarahkan untuk menarik balik produk itu.
Produk yang terjejas tidak lagi berada di pasaran.
Mereka yang sudah memakan kupang itu dan memaparkan gejala gastroenteritis dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera, tambah SFA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.