SFA arah produk Nuget Ikan Bibik's Choice ditarik balik
Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan supaya Nuget Ikan Bibik's Choice ditarik balik.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SFA)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan supaya Nuget Ikan Bibik's Choice ditarik balik.
Ia disebabkan oleh satu alahan yang tidak diisytiharkan pada bungkusan makanan beku itu seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.
Produk keluaran Malaysia itu mengandungi telur yang disifatkan sebagai bahan alahan.
Meskipun telur tidak dianggap sebagai isu keselamatan bagi kebanyakan pengguna, ia boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah orang yang sensitif terhadapnya.
Mereka yang mengalami tindak balas alahan selepas makan produk itu dinasihati berjumpa doktor jika mereka mempunyai sebarang keprihatinan kesihatan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.