Skip to main content

Singapura

SFA arah produk Kari Ikan Masala Everest diimport dari India ditarik balik

Anggaran Waktu Membaca:
SFA arah produk Kari Ikan Masala Everest diimport dari India ditarik balik

Gambar: SFA

Diterbitkan : 18 Apr 2024 01:46PM Dikemas Kini : 18 Apr 2024 01:49PM
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport, Sp Muthiah & Sons Pte. Ltd., supaya menarik balik jualan produk Kari Ikan Masala Everest dari India kerana mengandungi etilena oksida (ethylene oxide) melebihi had yang dibenarkan.

SFA dalam satu kenyataan pada Khamis (18 Apr) berkata arahan itu dikeluarkan menyusuli pemberitahuan Pusat bagi Keselamatan Makanan di Hong Kong yang mendapati terdapat etilena oksida dalam produk tersebut.

Etilena oksida sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga dan tidak dibenarkan sama sekali untuk digunakan dalam makanan.

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, etilena oksida hanya dibenarkan untuk digunakan dalam pensterilan rempah.

Meskipun tiada risiko segera pada kesihatan akibat pengambilan makanan yang tercemar etilena oksida pada tahap rendah, pendedahan jangka panjang boleh menimbulkan masalah kesihatan. Pendedahan kepada bahan sedemikian justeru, perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

SFA menasihatkan pengguna yang telah membeli produk terjejas, agar tidak memakannya.

Mereka yang sudah mengambil produk tersebut dan bimbang mengenai kesihatan mereka, digalakkan mendapatkan nasihat perubatan.

Mereka juga boleh menghubungi tempat penjualan produk tersebut bagi soalan lanjut.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita