Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SEZ Johor-SG: Syarikat SG luah kemungkinan hadapi cabaran kekurangan tenaga kerja berkemahiran

Syarikat-syarikat Singapura yang sudah pun memindahkan perniagaan mereka ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura berkongsi mereka mungkin menghadapi cabaran-cabaran seperti kurangnya tenaga kerja berkemahiran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2025 07:49PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 10:14PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura yang sudah pun memindahkan perniagaan mereka ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura berkongsi mereka mungkin menghadapi cabaran-cabaran seperti kurangnya tenaga kerja berkemahiran.

Malah ada perniagaan kecil yang berpendapat mereka mungkin tidak meraih manfaat yang sama.

Sayuran segar dari ladang berteknologi tinggi Singapura mungkin lebih murah jika ladangnya dipindahkan ke Johor.

Ladang Archisen sebagai contoh melaporkan kos yang semakin meningkat di Singapura dan pembukaan ladang di Johor mungkin juga dapat meningkatkan kapasitinya sehingga 50 kali ganda.

Ladang yang lebih kecil di Singapura pula akan menumpukan perhatian kepada kajian untuk meningkatkan saiz tanaman.

Bagi syarikat pengeluaran elektronik yang sudah pun berada di Senai sejak Oktober lalu, ia merupakan yang terbaharu dalam rangkaian sejagat yang termasuk kilang-kilang di China dan Eropah.

Menurut EnterpriseSG yang membantu syarikat-syarikat Singapura menebarkan sayap ke seberang laut, daya penarik beroperasi di Johor adalah sumber-sumber yang lebih murah serta jumlah bakat yang lebih besar.

Menurut tinjauan Persekutuan Syarikat Pengeluar Singapura, sekitar 15 peratus para anggotanya berminat meluaskan operasi di Johor.

Namun ada juga yang mengadu kurangnya tenaga buruh berkemahiran di Johor.

Maka itu tidak semua yang mahu segera memindahkan operasi ke seberang tambak.
Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan