Sewa tinggi, penyewaan semula & pelancongan bentuk semula jalan bersejarah Kampong Glam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di Kampong Glam, salah satu daerah pemuliharaan tertua di Singapura, kadar sewa sudah meningkat mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini - dalam sesetengah kes meningkat hampir dua kali ganda.
Bagi perniagaan kecil yang dahulunya membentuk ciri unik kawasan tersebut, kenaikan ini terbukti tidak lagi mampu ditanggung.
Para pemerhati berkata amalan penyewaan semula yang agresif turut memburukkan lagi lonjakan harga, dengan jenama-jenama besar dan perniagaan berorientasikan pelancong yang bermodal besar mula menguasai kawasan tersebut.
Diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada 1989, Kampong Glam merupakan pusat sejarah bagi masyarakat Melayu-Islam Singapura yang merangkumi rangkaian jalan raya dengan identiti tersendiri.
Arab Street kekal menjadi pusat kedai tekstil dan permaidani tradisional, manakala Haji Lane yang berdekatan sudah berubah selama bertahun-tahun menjadi kelompok premis makanan dan minuman (F&B), jenama gaya hidup, dan konsep peruncitan kreatif.
Bagi mereka yang mengingati kawasan ini sedekad atau lebih lama yang lalu, ia merupakan pusat tumpuan muzik, seni, dan fesyen. Namun bagi penyewa hari ini, keadaannya jauh lebih suram
KEDAI KECIL TERSINGKIR DEK HARGA
Honeybee, sebuah kedai aiskrim yang dibuka di Haji Lane pada 2022, pernah memperoleh jualan sehingga S$1,000 sehari pada hari bekerja.
Menjelang pertengahan 2025, pendapatan harian jatuh separuh. Pada masa yang sama, sewa meningkat hampir dua kali ganda, dengan ruang rundingan yang sangat sedikit apabila tempoh pajakannya hampir tamat pada Disember.
"Kami menunggu tuan tanah. Mereka tidak pernah menghantar emel, mereka tidak pernah menelefon," kata pemiliknya, Hakim Ismail.
Beliau kemudian dimaklumkan bahawa pajakan tersebut tidak akan dilanjutkan, katanya kepada CNA pada Oktober.
Beliau menambah bahawa beliau mendapati unit tersebut sedang diubah suai, seiring dengan kenaikan sewa yang besar. Tuan tanah baharu itu, katanya, adalah sebuah entiti korporat.
Honeybee akhirnya ditutup selepas pajakannya tamat.Cerita yang sama biasa didengari di sepanjang jalan itu, dengan beberapa penyewa melaporkan sewa mereka melonjak daripada sekitar S$3,000 kepada hampir S$10,000 sejak beberapa tahun lalu.Sesetengah perniagaan tidak bertahan melepasi tahun pertama mereka, dengan beberapa daripadanya ditutup hanya beberapa minggu selepas dilancarkan.
Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sekurang-kurangnya 10 kedai di sepanjang Haji Lane sudah ditutup.
Salah satu perniagaan yang berjaya bertahan ialah kedai runcit Beau yang dibuka pada 2012. Pemiliknya, Daryl Yan, mengaitkan kejayaan ini kepada tuan tanah yang lebih bertimbang rasa.
"Semuanya bergantung kepada tawaran dan permintaan," katanya. "Terutama apabila kita melihat banyak syarikat asing masuk... dan mereka sanggup membayar sewa yang lebih tinggi, yang akhirnya menyebabkan harga pasaran keseluruhan meningkat."
PENYEWAAN SEMULA BERTERUSAN
Satu lagi amalan yang menaikkan lagi harga sewa ialah "penyewaan semula". Pada masa ini, penyewa dibenarkan menyewa unit rumah kedai daripada tuan tanah dan menyewakannya semula kepada orang lain.
Beberapa pemilik perniagaan memberitahu Mediacorp bahawa seorang individu yang mereka panggil sebagai "serial subletter" atau pihak yang kerap melakukan penyewaan semula sedang aktif di kawasan itu.
Individu tersebut didakwa memantau pajakan yang hampir tamat, membida jauh lebih tinggi daripada harga sewa semasa untuk mendapatkan unit tersebut, dan kemudian menyewakannya semula pada kadar yang lebih tinggi kepada perniagaan lain.
Ini menyebabkan penyewa sedia ada mustahil untuk menandingi tawaran baharu itu. Rangkaian dan jenama antarabangsa juga semakin kerap kelihatan di Haji Lane - satu anjakan yang menurut penyewa tempatan telah mengurangkan nilai budaya kawasan tersebut.
KEDAI CENDERAMATA DAN STUDIO GAMBAR SASAR PELANCONG
Antara perubahan yang paling ketara adalah bertambahnya jumlah kedai cenderamata. Dalam tahun lepas sahaja, sekurang-kurangnya empat kedai yang menjual barangan bertemakan Singapura dibuka di Haji Lane, menggantikan restoran dan kedai pakaian.
Beberapa unit disewa oleh seorang pemilik tunggal dan dikendalikan oleh penyewa yang melakukan penyewaan semula. Salah satunya ialah Sinnkawa, yang dibuka pada Julai 2024.
Pemiliknya, Soul Chen, kini mengendalikan empat kedai di kawasan tersebut.
"Sebab mengapa saya membuka begitu banyak cawangan adalah kerana saya sangat menyukai kawasan ini," katanya dalam bahasa Mandarin.
Semasa musim puncak pelancongan, kedainya boleh meraih sekitar S$10,000 sehari. Gabungan sewa bulanan mereka adalah sekitar S$60,000.
Pelancong di Haji Lane memberitahu Mediacorp bahawa kedai cenderamata adalah sebahagian daripada daya tarikan kawasan itu. Satu lagi kemasukan baharu adalah studio gambar layan diri gaya Korea. Daripada kira-kira 79 unit di Haji Lane, kira-kira enam unit kini merupakan studio gambar.
MENGAPA SEWA KAMPONG GLAM MENINGKAT
Firma hartanah Colliers mengaitkan kenaikan sewa di Kampong Glam sebahagiannya kepada pemulihan sektor pelancongan. Median sewa tahunan meningkat kepada kira-kira S$7.54 setiap kaki persegi (psf) berbanding S$6.02 psf pada 2023.
Itu merupakan kenaikan sebanyak 25 peratus antara 2023 dan 2025, berbanding kenaikan lebih kecil iaitu sekitar 5 peratus di Chinatown dan Little India dalam tempoh yang sama.
Faktor lokasi juga memainkan peranan kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Bugis dan kawasan pusat perniagaan (CBD).
KEHILANGAN WARISAN BUDAYA?
Di sebalik penutupan kedai, persoalan mula timbul tentang apa ertinya memelihara budaya Kampong Glam.
Perikatan Kampong Gelam (KGA) tidak mengawal kadar sewa, sebaliknya mereka bertindak memudahkan perbincangan antara penyewa dan tuan tanah serta mempromosikan nilai budaya kawasan tersebut.
Satu cadangan adalah untuk melanjutkan penutupan jalan pada hujung minggu di Bussorah Street dan Baghdad Street kepada hari bekerja bagi membolehkan lebih banyak persembahan kebudayaan diadakan.
Kebanyakan rumah kedai di Kampong Glam dimiliki oleh keturunan generasi ketiga atau keempat pedagang Arab dan bekas saudagar. Kenaikan sewa dan ketiadaan pengganti menyebabkan banyak kedai warisan ditutup.
Di Arab Street, hanya segelintir kedai tekstil dan kebaya yang masih kekal. Salah satunya ialah Toko Aljunied. Pemiliknya, Zahra Aljunied, berkata banyak kedai serupa sudah ditutup, tetapi perniagaannya bertahan kerana beliau memiliki bangunan itu sendiri.
"Jika anda bandingkan dengan 30, 40 tahun lalu, terdapat banyak perubahan. Dulu kita ada banyak F&B, orang menawarkan shisha... tetapi kedai-kedai lama yang menjual kain, saya rasa hanya tinggal beberapa sahaja."
SEIMBANGKAN MASA LALU DENGAN MASA DEPAN
Menurut pakar, menjaga warisan bukan bermakna kita tidak boleh melakukan pembaharuan
Profesor Ho Puay Peng berkata pemuliharaan warisan bukanlah untuk mengekalkan masa lalu dan menjadikannya seperti muzium.
Kawasan sebegini juga harus mengelak daripada hanya memenuhi keperluan pelancong semata-mata.
Bagi Kampong Glam, ini bermakna memberi perhatian bukan sahaja kepada pemuliharaan fizikal - seperti rumah kedai dan masjid - tetapi juga aspek bukan fizikal seperti amalan budaya.

Sumber : CNA/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.