Sewa naik akibat kelengahan kerja binaan; permintaan meningkat di tengah pemulihan ekonomi, kata Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penginapan sementara disebabkan oleh kelengahan pada kerja-kerja binaan yang bersangkut paut dengan COVID-19 dan permintaan meluas di tengah-tengah pemulihan pandemik merupakan antara sebab harga sewa meningkat kebelakangan ini, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Sewa bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mencecah paras rekod pada suku ketiga 2022, meningkat 7.5 peratus berbanding suku sebelumnya, menurut Indeks Sewa SRX. Pada sembilan bulan pertama 2022, sewa HDB melonjak 20.9 peratus.
Menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), sewa hartanah privet meningkat 8.9 peratus pada suku ketiga tahun ini, sekali gus mencecah paras tertinggi yang baru setelah meningkat 6.7 peratus pada suku kedua.
Dalam jawapan bertulisnya pada Isnin (7 Nov), Encik Lee berkata Pemerintah memantau pasaran hartanah dengan teliti termasuk pasaran sewa kediaman.
Encik Lee berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) dan Sharael Taha (PAP-Pasir Ris-Punggol), yang bertanya sama ada kenaikan harga sewa telah menjejas keupayaan Singapura untuk memikat bakat asing dan sama ada Pemerintah sedang mengambil langkah-langkah untuk membendung atau menghalang tuan rumah daripada mengambil kesempatan.
"Pemerintah sedang memantau pasaran dengan teliti kerana kenaikan harga sewa mungkin akan menjejas warga Singapura yang perlu menyewa, serta bakat asing," kata Encik Lee.
"Oleh itu, bakat-bakat global mungkin akan menimbangkan banyak faktor selain harga sewa ketika membuat keputusan untuk berpindah ke sini. Ini termasuk kedudukan Singapura sebagai sebuah hab perniagaan global,
ketersambungan kita yang kukuh, hubungan perdagangan kita yang baik, taraf pendidikan dan jagaan kesihatan kita, dan mutu kehidupan."
Beliau turut merujuk kepada Indeks Daya Saing Bakat Global INSEAD di mana Singapura menduduki tempat teratas di Asia dan kedua di dunia dalam memikat dan membangunkan bakat.
HARGA SEWA MENINGKAT
Pemerintah memperkenalkan beberapa langkah bagi meredakan pasaran hartanah pada September, termasuk tempoh menunggu selama 15 bulan bagi pemilik rumah privet yang berhasrat untuk membeli flat jualan semula.
Menurut laporan OrangeTee and Tie, sewa bagi flat HDB meningkat dengan mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana ramai tuan rumah menaikkan harga sewa masing-masing sedang mereka menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan lagi.
"Dengan cukai hartanah yang lebih tinggi dan kos sara hidup yang mungkin lebih tinggi pada tahun depan, kami menjangkakan tuan rumah akan terus menaikkan harga sewa."
Tempoh menunggu selama 15 bulan untuk pemilik rumah privet membeli flat jualan semula juga mungkin akan menyebabkan lebih ramai orang menyewa buat sementara waktu, dan permintaan yang meningkat akan mendorong harga sewa lebih tinggi pada 2023, tambah laporan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.