Setiausaha Agung PBB lakukan lawatan rasmi ke SG atas undangan PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura bermula esok (31 Ogos), atas undangan Perdana Menteri Lawrence Wong.
PM Wong juga akan menjadi tuan rumah satu acara makan tengah hari bagi ketua PBB itu.
Dalam rangka kunjungan tiga hari beliau ke sini, Encik Gutteres akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Beliau dijadual melawat beberapa tempat seperti Bendungan Marina dan Perpustakaan Daerah Punggol.
Selain itu, Encik Guterres juga akan bertemu dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo, dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu dalam acara berasingan.
Kunjungan beliau itu dibuat menjelang Sidang Puncak PBB mengenai Masa Depan yang akan berlangsung di New York.
Ketua PBB terakhir melawat Singapura ialah Encik Ban Ki-moon, lebih sedekad lalu.
Encik Guterres akan ditemani oleh Setiausaha Agung Dasar di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung Guy Ryder, serta pegawai PBB lain.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.